KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Archive for the 'Teknologi Maklumat' Category

Membangunkan Multimedia Pengajaran Dengan Lecture Maker

Posted by ilmu on 6th Februari 2013

Hari ini pelbagai perisian  khusus untuk membina multimedia pengajaran. Contohnya Macromedia Authoware, Hot Potato, Ms Powerpoint dan banyak lagi. Tetapi Lecture Maker adalah di antara perisian paling mudah dan sangat user friendly. Perisian Lecture Maker adalah produk dari China dan dibangunkan oleh Daulsoft. Perisian percubaan atau pakej penuh boleh dimuat turut atau dibeli melalui Softpedia, CNET Download, Downloadplex, Laman web Lecture Maker, atau di Top4download. Pengalaman saya, Lecture Maker mempunyai ciri-ciri yang lebih mudah daripada kebanyakan perisian yang lain. Lecture Maker membenarkan proses import data audio, video, image, teks dan animasi secara langsung melalui penggunaan built in camera dan internal notebook microphone .  Rasanya lebih mudah melakukan synchronization di antara teks dan voice over di sini.  Selain itu, Lecture Maker juga membolehkan pembangun media pengajaran membina soalan-soalan kuiz secara interaktif.

Selamat mencuba.

Posted in Pembelajaran Akses Kendiri, Pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran, Perkongsian pintar, Teknologi Maklumat | No Comments »

TEKNOLOGI WEB 2.0 MENYOKONG PEMBELAJARAN UBIQUITOUS KE ARAH MEMANTAPKAN LAGI PEMBELAJARAN KENDIRI

Posted by ilmu on 22nd Januari 2013

Pembelajaran boleh berlaku di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Ia juga disebut sebagai Pembelajaran Ubiquitous. Dengan adanya kemudahan internet yang tidak terhad, maka kita lebih mudah mengakses pelbagai maklumat dan bahan pengajaran serta pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal dengan tujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Orang selalu sebut sebagai maklumat di hujung jari.

Walaupun kaedah pembelajaran ubiquitous tidak mengambil peranan guru secara keseluruhannya, namun tidak dapat dinafikan bahawa pelajar masa kini mempunyai peluang yang lebih luas untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pembelajaran kendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar yang telah menguasai satu-satu topik pembelajaran sebelum ia diajar oleh guru.

Pembelajaran ubiquitous ini dipengaruhi oleh perkembangan pesat ICT global dan ini telah memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah ia turut memberi impak yang meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui proses Pembestarian Sekolah di dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat dan informasi dengan lebih mudah dan berkesan.

Aplikasi web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk mencari maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan web 2.0 , komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.

Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar.

(Hargadon, 2009). Menurut Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, Bower (1998) pula menekankan lagi bahawa pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu terus ditingkatkan. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Tentu saja, ini adalah berita baik untuk pendekatan pendidikan atas talian kerana menyediakan medium untuk menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.

Teknologi Web 2.0 seperti blogspot, wordpress dan edublogs telah memberikan peluang yang lebih besar dan mudah kepada guru-guru untuk membangunkan laman web sekolah yang lebih interaktif dan dinamik. Oleh itu, adalah diharapkan agar sekolah-sekolah yang belum mempunyai laman web supaya dapat membinanya secepat mungkin.

Posted in Bicara Ilmu, ICT Sekolah, Pendidikan, Pendidikan Anak-Anak, Pengajaran dan Pembelajaran, Perkongsian pintar, Teknologi Maklumat | No Comments »

Pembestarian Sekolah Luar Bandar Malaysia

Posted by ilmu on 16th April 2009

Ranau- Sebanyak 15 buah sekolah luar bandar terlibat dalam pembestarian di bawah Multimedia Development Corporation (MDEC), Multimedia Super Corridor (MSC) di seluruh Malaysia. Satu daripadanya adalah daripada Sabah dan sekolah tersebut ialah SMK Agama Mohamad Ali, Ranau.

Pihak kami, yakni BTPN dan PKG telah memantau status peralatan ICT untuk mengenalpasti kemudahan yang telah sedia ada di sekolah tersebut. Tindakan selanjutnya ialah memberikan khidmat bantu kepada sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran dan mempastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik dan berfungsi.

Tahniah kepada SMKA Mohamad Ali, Ranau.

Posted in Teknologi Maklumat | No Comments »

KESELAMATAN (SECURITY) RANGKAIAN

Posted by ilmu on 23rd Mac 2008

1.1.           Konsep

Keselamatan komputer (computer security) merupakan satu ciri yang penting untuk sistem pengoperasian sebab maklumat yang tersimpan dalam sistem komputer adalah penting dan bernilai tinggi kepada sesuatu organisasi. Kewujudan rangkaian komputer yang meluas menyusahkan peranan OS untuk mengawal pencapaian data oleh pengguna yang sah serta menghalang aktiviti-aktiviti penceroboh.Konsep keselamatan boleh dikaji secara beberapa bidang:·        Sumber tempatan (local resource) dan sumber rangkaian (network resource)·        Dasar (policy) dan mekanisme (mechanism)·        Pengesahan (authentication) dalaman (internal) dan luaran (external)·        Penyulitan (encryption)

1.1.1.                 Sumber tempatan dan sumber rangkaian

Pencapaian sumber tempatan dapat dikawal secara menghadkan kegunaan sumber tertentu seperti PC kepada pengguna yang disahkan sahaja. Sumber tersebut boleh disimpan dalam bilik terkunci yang hanya boleh dicapai oleh sesiapa yang mempunyai kunci bilik. Namun begitu, kewujudan rangkaian komputer telah menyenangkan pencapaian sumber tersebut dari mana-mana komputer lain yang dapat menghantar data ke sumber rangkaian. Maka keselamatan sumber rangkaian mestilah dilaksanakan melalui pengesahan dan penyulitan.(Fig. 14.1, pg. 423, Nutt)

1.1.2.                 Dasar dan Mekanisme

Dasar keselamatan merupakan peratuan yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi mengenai pencapaian sumber maklumat. Contohnya, hanya jurukira diberi kebenaran mencapai data kewangan, manakala hanya jurutera yang dapat mencapai maklumat sesuatu produk.Kesemua dasar yang ditetapkan oleh organisasi tersebut dilaksanakan melalui berbagai mekanisme keselamatan. Mekanisme merupakan alatan yang digunakan untuk mencapai objektif dasar keselamatan tersebut. Contohnya, dasar yang diberi itu boleh dicapai melalui berbagai mekanisme seperti kegunaan kata laluan (password) untuk mencapai akaun yang mengandungi maklumat kewangan ataupun maklumat produk, ataupun maklumat yang penting itu akan disulitkan (encrypted) supaya tidak boleh dicapai oleh pengguna yang tidak mempunyai kekunci penyahsulitan (decryption key).

1.1.3.                 Pengesahan kuasa (Authorization)

Pengesahan kuasa (authorization) diperlukan untuk mengawal pencapaian sumber tertentu dalam sistem komputer. Pengesahan kuasa luaran merupakan kawalan pencapaian sistem komputer tersebut, manakala pengesahana kuasa dalaman merupakan kawalan pencapaian sumber yang dibekalkan oleh sistem. Perlaksanaan pengesahan kuasa hanya dapat dijalankan sekiranya terdapat sesuatu mekanisme pembuktian (authentication mechanism) yang berkesan.  (Fig. 14.2, pg. 426, Nutt)

1.2.           Pembuktian (Authentication)

1.2.1.                 Pembuktian Luaran (External Authentication)

Pembuktian luaran merupakan mekanisme yang menghalang pengguna yang tidak sah daripada log masuk kepada sistem tertentu. Biasanya, nama pengguna dan kata laluan digunakan sebagai mekanisme pengesahan. Namun, penyamaran (masquerading) mudah dilakukan sekiranya nama pengguna dan kata laluan terbocor. Mekanisme terkini termasuk kegunaan kad cerdik (smart card) serta kaedah biometrik seperti analisis suara, cap jari dan retina.Namun, data yang dihantar daripada mesin lain melalui rangkaian mungkin diubah supaya menyamar seseorang pengguna yang sah. Virus, aturcara cecacing (worm), ataupun kuda Troy (Trojan horse) mungkin diterima oleh sistem komputer sebagai aturcara yang sah dan menyebabkan kerosakan data ataupun menahaskan (crash) sistem komputer tersebut. Protokol Pembuktian Rangkaian Kerberos dicipta untuk menghalang serangan rangkaian (network-based attacks) tersebut.(Fig. 14.3, pg 431, Nutt)Protokol Kerberos menganggapkan terdapatnya sistem pelayan (server) dan sistem pelanggan (client). Sistem pelanggan mencapai perkhidmatan pelayan melalui rangkaian yang tidak selamat (secure). Sesuatu pelayan pembuktian (authentication server) disediakan untuk tujuan mengesahkan segala pengguna yang ingin mencapai sistem pelayan. Pelayan pembuktian menjanakan tiket (ticket) yang mengandungi ID pelanggan (client ID) serta kekunci sidang (session key) yang disulitkan (encrypted) secara menggunakan kekunci pelayan (server key). Akibatnya hanya pelayan sah sahaja yang dapat menyahsulitkan tiket tersebut.Apabila sesuatu pelanggan ingin mencapai pelayan, ia akan meminta tauliah (credentials) untuk proses pelayan tersebut daripada pelayan pembuktian. Pelayan pembuktian akan menghantar tiket serta kekunci sidang kepada pelanggan selepas kedua-duanya disulitkan secara menggunakan kekunci pelanggan (client key).Pelanggan menyahsulitkan tiket dan kekunci sidang, kemudiannya menghantar tiket kepada pelayan. Pelayan akan menyahsulitkan tiket untuk mencapai ID pelanggan dan kekunci sidang sebenar. Kekunci sidang akan digunakan untuk melaksanakan penyulitan segala urusniaga (transactions) seterusnya.Pelayan pembuktian mesti dipercayai (trusted) oleh semua pihak supaya menjayakan protokol Kerberos tersebut. Seseorang penceroboh tidak dapat mencapai perkhidmatan pelayan tersebut sebab ia tidak mempunyai kekunci sidang. Secara umum, kekunci sidang akan dihapuskan selepas sidang urusniaga tersebut tamat.

1.2.2.                 Pembuktian Dalaman (Internal Authentication)

Pembuktian dalaman bertujuan menghalang proses seseorang pengguna sistem supaya tidak menyamar sebagai proses pengguna yang lain, contohnya proses sistem (system process). Proses pengguna tidak dibenarkan menukarkan pemilik (owner) secara sesuka-hati. Hanya proses akar (root process) yang diberikan hak menukarkan pemilik sesuatu sumber ataupun proses.

1.3.           Pengesahan Kuasa (Authorization)

1.3.1.                 Pengesahan Kuasa Capaian Luaran
          (External Access Authorization)

Biasanya setiap pengguna diberikan satu akaun pada sistem maklumat yang digunakan untuk mencapai data yang tersimpan dalam sistem tersebut. Setiap kali akaun itu digunakan, pengguna mestilah membekalkan nama pengguna (username) dan kata laluan supaya dapat mencapai suatu pemproses perintah (command processor). Aktiviti log masuk (login) itu tersimpan dalam log sistem (system log) supaya pentadbir sistem dapat mengetahui sesiapa yang telah mencapai sistem tersebut.

1.3.2.                 Pengesahan Kuasa Capaian Dalaman
          (Internal Access Authorization)

Pengesahan kuasa capaian dalaman (internel access authorization) digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu sumber sistem boleh dicapai oleh pengguna tersebut. Terdapat berbagai masalah yang merupakan tumpuan pengesahan kuasa caiapan dalaman:·        Perkongsian parameter (parameter sharing): sekiranya sesuatu proses dapat mengubah nilai pemboleh ubah dalam proses lain tanpa kebenaran, maka dasar kegunaan sumber (resource use policy) akan terjejas. ·        Pengurungan (confinement): sesuatu proses ingin menghadkan pencapaian sumber kawalannya supaya tidak dapat dicapai oleh proses yang tak berizin.·        Peruntukan hak (rights allocation): kebenaran pencapaian sesuatu sumber boleh diberi oleh sesuatu proses kepada proses yang lain. Namun, kebenaran yang diberi kepada proses kedua tidak seharusnya disalurkan kepada proses ketiga tanpa kebenaran dari proses asal.·        Kuda Troy (Trojan horse): sesuatu aturcara yang menggunakan hak yang lebih meluas yang dimiliki oleh proses lain untuk melakukan sesuatu tanpa disedari merupakan masalah kuda Troy.

1.3.3.                 Model Perlindungan Sumber
          (Resource Protection Model)

Umumnya, sistem perlindungan terdiri daripada bahagian aktif dan bahagian pasif. Bahagian aktif (active parts) merupakan proses ataupun untaian (thread) yang melakukan sesuatu untuk pengguna sistem. Bahagian pasif (passive parts) merupakan sumber yang disebut sebagai objek perlindungan (protection objects). Sesuatu proses mencapai objek mengikut hak yang diberi kepada proses tersebut. Hak yang diberi oleh sistem pengoperasian berubah berdasarkan tugas yang dijalankan oleh proses. Domain perlindungan (protection domain) merupakan hak yang dimiliki oleh proses pada masa terkini. Sesuatu subjek (subject) merupakan apa-apa yang sedang dilakukan oleh proses tersebut dalam domain perlindungan tertentu. Namun, objek perlindungan merangkumi bahagian pasif serta subjek-subjek yang terdapat dalam sistem tersebut.Sistem perlindungan (protection system) merupakan satu set objek, subjek, dan peraturan (rules) yang menetapkan polisi perlindungan. Ia mewakili pencapaian (accessibility) objek oleh subjek berdasarkan keadaan perlindungan (protection state) yang ditakrif untuk sistem tersebut. Setiap pencapaian objek X oleh subjek S akan disemak supaya mematuhi keadaan perlindungan. Keadaan perlindungan dalaman hanya dapat diubah melalui peralihan keadaan (state transition) berdasarkan sesuatu polisi keselamatan luaran (external security policy).(Fig. 14.5, pg. 435, Nutt)

1.3.4.                 Matrix Pencapaian (Access Matrix)

Keadaan perlindungan dapat diwakili oleh sebuah matrix pencapaian. Terdapat satu baris (row) untuk setiap subjek dan lajur (column) untuk setiap objek. Tambahannya, setiap subjek S juga merupakan objek X sebab sesuatu proses mungkin dikawal daripada proses yang lain. Setiap unsur matrix A[S,X] merupakan set hak pencapaian (access rights) yang dimiliki oleh S kepada X.(Fig. 14.6, pg. 435, Nutt)Setiap pencapaian memerlukan langkah tersebut:·        Subjek S memulakan capaian jenis a kepada objek X·        Sistem perlindungan membuktikan (authenticate) S dan menjana (S, a, X) untuk S. Identiti S tidak boleh disamar sebab ia dijana oleh sistem.·        Pengawas (monitor) objek X merujuk kepada A[S,X] untuk menentukan sama ada a Î A[S,X]. Jika ya, pencapaian dibenarkan. Jika tidak, pencapaian ditolak.(Fig. 14.7, pg. 436, Fig. 14.8, pg. 437, Nutt)Model Sistem Perlindungan tersebut boleh digunakan untuk menyelesaikan berbagai masalah yang dikemukakan:·        Penyamaran (masquerading): Satu tandatangan (signature) yang tidak boleh dipalsukan (forged), (S, a, X) dijana supaya subjek S dapat melakukan capaian a ke atas X. Pengawas akan pastikan bahawa proses lain tidak dapat menyamarkan S sebab proses lain tidak mempunyai tandatangan yang betul.·        Pengurungan dan Peruntukan hak (confinement and rights allocation): Peruntukan hak boleh dikawal secara menghadkan pemindahan hak capaian (access rights transfer) dari satu proses ke proses yang lain. Namun, pengurungan mungkin gagal sekiranya sesuatu subjek (proses) yang mempunyai hak baca juga mempunyai ingatan (memory), sebab proses tersebut boleh menyalurkan maklumat kepada proses lain.·        Perkongsian parameter (parameter sharing): Penjaga get (gatekeeper) boleh dicipta oleh sesuatu subjek pemilik untuk menjaga objek yang dilindung. Semua pencapaian ke objek tersebut mesti melalui penjaga get supaya menjamin keselamatannya.·        Kuda Troy (Trojan horse): masalah ini sukar diselesaikan sebab satu set peraturan berdasarkan polisi tertentu yang menghalang kuda troy daripada mengamalkan hak proses lain tidak semestinya memenuhi keperluan polisi-polisi lain.

1.4.           Perlaksanaan Pengesahan Kuasa Dalaman

Perlaksanaan sistem pengesahan kuasa dalaman yang berkesan dan tidak memerlukan pemprosesan yang berlebihan adalah penting. Sekiranya maklumat mesti selamat, maka kos pemprosesan mungkin tidak merupakan masalah, tetapi pencapaian sumber semasa perlaksanaan proses yang biasa harus dilakukan secepat mungkin supaya menjamin prestasi sistem tersebut.

1.4.1.                 Domain Perlindungan

Sesuatu sistem boleh dibahagikan kepada beberapa domain perlindungan. Yang terasas sekali ialah dua domain, iaitu mod penyelia (supervisor mode) dan mod pengguna (user mode). Dalam sistem yang menggunakan reka bentuk gelang (ring architecture), terdapat berbagai gelang R0 ke RN yang mempunyai hak pencapaian (access rights) yang semakin terhad. Proses sistem pengendalian dilakukan dalam gelang R0 manakala proses pengguna dilakukan dalam beberapa gelang yang tertinggi sekali.Setiap kali pencapaian proses dalam gelang yang lebih rendah diperlukan, penjaga get digunakan untuk mengawas perlaksanaan panggilan tersebut. Penukaran domain berlaku setiap kali proses melintas gelang perlindungan.

1.4.2.                 Matrix Pencapaian

Matrix pencapaian biasanya merupakan matrix jarang (sparse matrix) sebab sesuatu proses hanya mencapai beberapa objek atau subjek sahaja. Oleh sebab itu, senarai (lists) digunakan untuk menyimpan unsur matrix tersebut. Sekiranya terdapat matrix yang padat (dense matrix), senarai tersebut akan menjadi sangat panjang.

1.4.3.                 Senarai Kawalan Pencapaian (access control list)

Setiap sumber dibekalkan dengan suatu senarai kawalan pencapaian. Sekiranya subjek serta cara pencapaian tertentu tidak terdapat pada senarai tersebut, maka sumber tidak boleh dicapai oleh subjek.(Fig. 14.12, pg. 445, Nutt)

1.4.4.                 Kebolehan (capabilities)

Sesuatu kebolehan merupakan nama sejagat (global name) yang unik untuk hak pencapaian sesuatu objek. Kebolehan itu boleh dilaksanakan sebagai tiket Kerberos, ataupun penjelasan pencapaian yang tetap objek tersebut. Nama sejagat itu membolehkan rujukan sesuatu objek dalam ruang alamat objek yang meluas. Tambahan, pemilikan kebolehan tersebut merupakan pengesahan kuasa pencapaian objek tersebut.Kebolehan mempunyai ciri tertentu:·        Nilai sesuatu kebolehan mestilah berasal daripada ruang alamat objek yang meluas·        Kebolehan mestilah unik dan tidak boleh digunakan semula selepas ia digunakan oleh sesuatu subjek·        Kebolehan mestilah berbeza dengan ‘nama’ biasa seperti integer atau penunding

1.5.           Penyulitan (Encryption)

Penyulitan merupakan cara mengubahkan maklumat daripada format teks nyata (clear text format) menjadi format teks sifer (cipher text) supaya disimpan atau dihantar melalui media yang tidak selamat. Fungsi penyulitan (encrypt) dan penyahsulitan (decrypt) dibekalkan supaya pengguna dapat menjana format yang diperlukan daripada format asal.Teks sifer = penyulitan (kekunci, teks nyata)Teks nyata = penyahsulitan (kekunci’, teks sifer)

1.5.1.                 Penyulitan bersimetri (symmetric encryption)

Penyulitan bersimetri menggunakan kekunci yang sama untuk penyulitan dan penyahsulitan. Terdapat masalah penukaran kekunci (key exchange) sebab kekunci penyahsulitan mestilah dihantar kepada penerimanya supaya ia dapat menyahsulitkan data yang diterima. Biasanya penukaran kekunci dilakukan melalui mekanisme yang berlainan daripada mekanisme hantaran data supaya ia selamat.

1.5.2.                 Penyulitan tak bersimetri (asymmetric encryption)

Cara penyulitan tak bersimetri menggunakan dua kekunci, satu yang digunakan untuk penyulitan dan yang lain untuk penyahsulitan. Kriptografi kekunci awam (public key cryptography) menggunakan kekunci awam (public key) yang boleh dihantar secara teks nyata kepada sesiapa yang ingin menghantar maklumat kepada penerima. Kekunci peribadi (private key) akan digunakan untuk menyahsulitkan maklumat tersebut. Pemilikan kekunci awam tidak membolehkan seseorang menyahsulitkan maklumat yang diterima, maka ia selamat.Pembuktian maklumat (data authentication) dapat dilakukan sekiranya penghantar menggunakan kekunci peribadinya untuk menyulitkan maklumat tersebut. Disebabkan kekunci awam dapat diperoleh oleh sesiapa, maka penerima boleh menggunakan kekunci awam tersebut untuk membuktikan bahawa maklumat yang diterima itu berasal dari penghantar tertentu.

Penghantaran maklumat secara selamat dapat dilakukan apabila penghantar menyulitkan maklumat tersebut secara menggunakan kekunci sulit, dan kemudiannya menyulitkannya sekali lagi secara menggunakan kekunci awam penerima.

Posted in Teknologi Maklumat | 4 Comments »

Pentingnya Teknologi Maklumat

Posted by ilmu on 15th Februari 2008

HARI ini Teknologi Maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora Zaman Maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat.Sehingga sekarang, semua negara yang sudah mencapai status masyarakat maklumat mempunyai ciri yang sama. Yang paling nyata ialah ekonominya berasaskan maklumat; lebih daripada 60 peratus rakyatnya membuat keria yang melibatkan maklumat dan IT. Transformasi sosioekonomi ketara di Amerika Syarikat (AS), negara yang pertama mencapai status masyarakat maklumat, iaitu pada tahun 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, pekerja industri maklumat melonjak secara mendadak, sementara pekerja industri pertanian menurun dengan banyaknya. Kini, lebih separuh rakyat AS yang lahir pada sekitar tahun 1930-an dan yang masih bekerja, bekerja dalam industri maklumat, 20 peratus dalam sektor perkilangan, 20 peratus lagi dalam sektor perkhidmatan, dan kira-kira dua peratus sahaja dalam sektor pertanian. Diramalkan cuma 15 peratus rakyat AS akan terlibat dalam sektor perkilangan menjelang akhir abad ke-21.Perubahan sosioekonomi yang seumpama itu juga berlaku diJepun dan negara maju lain di Eropah Barat. Di Jepun, industri maklumat sudah menyumbang 35.4 peratus kepada KNK-nya berbanding dengan 21.3 peratus pada tahun 196O, selaras dengan peningkatan bilangan pekerja sektor maklumat, daripada 29.6 peratus kepada 34.3 peratus pada tabun 1979. Perangkaan itu berubah lagi apabila Jepun mencapai status masyarakat maklumat pada tahun 1975. Dengan perubahan daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan dan kemudian industri maklumat, sifat kerja juga berubah daripada yang berorientasi logistik kebendaan kepada pemprosesan dan jaringan maklumat. yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utamaSarjana seperti Herbet Schiller, Joneji Masuda, F. Machlup, M. Porat, M. Rubin, Graham Murdock, Peter Golding, Nicholas Garnham, dan Stuart Ewwn telah mengkaji kepentingan maklumat kepada perkembangan ekonomi dan politik masyarakat. H. Schiller mengemukakan istilah technocapitalism untuk menggambarkan ciri masyarakat maklumat. IT telah dan akan mengambil alih mesin dan mechaniza- tion, sementara ilmu dan maklumat memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam menggunakan maklumat. Perbezaan kelas yang akan menentukan siapa akan mendapat maklumat apa.Dari segi sosial, maklumat yang sudah diproses menjadi ilmu akan menjadikan kita lebih pandai, produktif, kreatif, dan inovatif, iaitu syarat yang dituntut oleh era baru. Dari segi ekonomi, menggunakan lebih banyak maklumat bukan sahaja boleh meningkatkan pengeluaran perkhidmatan dan barangan baru, tetapi juga pengeluarannya dapat dilakukan dengan lebih murah, kualiti lebih tinggi, dan dalam masa yang lebih pendek. Contohnya, sistem penempahan tiket penerbangan. Selain membolehkan penempahan tiket dilakukan dengan mudah, cepat, dan tepat, syarikat penerbangan dapat mengawal perjalanan penumpang di seluruh dunia setiap hari. Daya saing syarikat meningkat, keuntungan bertambah, dan kos operasi berkurangan.Dengan perkataan lain, semakin banyak maklumat digunakan semakin kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang diperlukan. Hal ini dapat juga dilihat diJepun dan Singapura. Sekalipun tidak mempunyai sumber alam dan galian, kedua-dua buah negara itu mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain yang mewah dengan sumber alam. Singapura dan Jepun memanfaatkan sumber yang ada dan memberi pendidikan yang paling baik kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu yang terkini. Daripada maklumat dan ilmu itulah, banyak produk baru dihasilkan dan dieksport ke negara lain.PERUBAHAN teknologi memang meninggalkan implikasi baik dan buruk kepada manusia. Antara kesan negatifnya:

  • IT sudah dan akan terus memperbesar jurang perbezaan antara negara kaya maklumat dengan negara miskin maklumat.
  • Kualiti hidup terjejas. Kita dikehendaki membuat banyak kerja serentak, maka terpaksa mengejar masa setiap saat sehingga tiada masa berehat.
  • Hidup yang semakin sibuk menyebabkan banyak orang lebih berminat mencari hiburan, dan tidak berminat pada soal politik, sosial, dan rumah tangga.
  • Masa bersendirian mudah dicerobohi kerana maklumat peribadi mudah diperoleh dari pangkalan data.
  • Masalah pengangguran, guna tenaga tidak penuh, dan persaraan awal semakin serius.
  • Masalah jenayah maklumat, jenayah komputer, keganasan maklumat (infoterrorism) lebih mudah menjejaskan keselamatan negara dan semakin sukar diatasi.
  • Masalah pencemaran alam semakin serius dan sukar dikawal kerana banyak toksin diperlukan untuk mengeluarkan komputer dan komponennya.

Sama ada maklumat dan IT dapat memberi jawapan kepada masalah yang di hadapi sukar diramal sekarang. Buat masa ini, kita masih tidak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya yang menolak kita ke era maklumat ! Yang berikut adalah antara sebab yang di ketahui :

  • Kuasa ekonomi global.
  • Kecekapan bergantung pada IT.
  • Terpengaruh dengan pendapat dan kejayaan orang lain.

Lebih baik mengikut orang yang sudah berjaya daripada bersendiri (iaitu mengikut trend). dihadapi sukar diramal sekarang. Buat masa ini, kita masih tidak mengetahui apakah sebab yang sebenarnya yang menolak kita ke era maklumat! Yang berikut adalah antara sebab yang diketahui:

  • Kuasa ekonomi global.
  • Kecekapan bergantung pada IT.
  • Terpengaruh dengan pendapat dan kejayaan orang lain.
  • Lebih baik mengikut orang yang sudah berjaya daripada bersendiri (iaitu mengikut trend).

Pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan kemampuan diri, persekitaran yang ada, dan kehendak kita untuk masa depan. Untuk berbuat demikian, diperlukan wawasan dan juga perancangan jangka panjang. Hal ini mungkin sukar tanpa pemimpin yang dinamik,berpandangan jauh, dan yang sudah memahami implikasi maklumat dan IT ke atas kehidupan masyarakat maklumat nanti. Harlan Cleveland dalam rencananya “Information is the Critical Resource of the Future” (The Futurist, Jan-Feb 1997: 13) mengatakan bahawa, biarlah kita sendiri yang menentukan masa depan kita!Apakah kesan yang dialami oleh masyarakat maklumat dan negara lain di pinggirnya?Antara perubahan teknobudaya ialah:

  • Perubahan daripada ekonomi yang berintensif buruh kepada yang berintensif modal.
  • Perubahan daripada semangat kedaerahan kepada semangat kebangsaan dan sejagat.
  • Perubahan daripada pekeria buruh kepada pekerja maklumat.
  • Perubahan daripada monopoli kepada persaingan
  • Perubahan daripada pengkhususan kerja kepada membuat banyak kerja serentak.
  • Dasar pendidikan negara yang bersepadu.
  • Perubahan daripada perancangan jangka masa panjang kepada perancangan jangka masa pendek.
  • Perubahan daripada kehadiran fizikal yang wajib menjadi tidak wajib.
  • Perubahan daripada pekerjaan tetap kepada tidak tetap.
  • Perubahan daripada kerja mahir kepada kerja yang tidak mahir lagi yang boleh dibuang.
  • Perubahan daripada saiz yang besar kepada yang kecil.

DEWAN BUDAYA, JULAI 1998, BIL 7 JIL 20, M/S 42-43

Posted in Teknologi Maklumat | No Comments »