“Teori Kasut Tindakan Dr. Edward De Bono – 1991

 

Macam-macam sarjana ni. Kasut pun boleh mendatangkan banyak idea. Kalau saya, tidak dapat fikir lain. Kalau bukan untuk dipakai di kaki, kasut hanya boleh dijadikan perhiasan di rak-rak kasut bila dah tak boleh pakai. Hal ini berlainan dengan Dr. Edward De Bono. Kasut boleh ‘bertindak’ pula. Teori beliau dikenali sebagai ‘Teori 6 Kasut Bertindak’. Apa maksudnya? Sila baca dengan teliti pendapat beliau di bawah ini. Kupasan tentang teori ini telah saya ringkaskan supaya mudah difahami.

A

B

CD

G

1. PERTAMA KASUT BIRU (Lambang Cara Berfikir)

–    Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja rutin.

–    Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin.

–    Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya.

–    Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.

2. KEDUA KASUT KUNING  (Lambang Amaran)

–    Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya.

–    Kuning ialah lambang amaran.

–    Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas.

–    Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.

3. KETIGA KASUT KELABU (Lambang Kekaburan)

–    Kasut ini ialah lambang kekaburan.

–    Banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur.

–    Tindakan yang mesti dilakukan untuk menghilangkan kekaburan ialah bertindak mencari maklumat dahulu.

–    Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.

4. KEEMPAT KASUT PERANG (Lambang Tindakan Pragmatik)

–    Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatik.

–    Tindakan-tindakan pragmatik ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik.

–     Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan.

–     Kita buat apa yang boleh dibuat.

5. KELIMA KASUT MERAH JAMBU (Lambang Kasih Sayang)

–    Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan.

–    kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan.

–    Para doktor, peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.

6. KEENAM KASUT UNGU (Lambang Kuasa Rasmi)

–   Kasut ini melambangkan kuasa rasmi.

–   Apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi.

–   Kita mempunyai peranan rasmi.

–   Para doktor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi.

–   Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu.

Nota: Teori Kasut Bertindak Ini Diperkenalkan Oleh Dr Edward De Bono Pada Tahun 1991