KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

Archive for the 'Tugas..tugas!' Category

Mandi Salji di Kuala Lumpur..

Posted by ilmu on 13th Ogos 2012

Tak pernah saya merasa sejuk di Kuala Lumpur (kecuali dalam aircond la)….. Lebih-lebih lagi sekarang. Panas kering + angin panas yang begitu cepat menghidrasi badan dan peluh. Tambah-tambah lagi puasa dan kurang minum air. Rasa haus tak dapat bayangkan macam mana.

Lain pula halnya petang kelmarin. Di tengah panas terik, sempat juga mandi salji. :-) sesuatu yang tak disangka. Peristiwa berlaku di Masjid SP. Sewaktu kemuncak rasa dahaga, saya dan beberapa orang kawan ditugaskan untuk khidmat ta’am (menyediakan makanan)..  Saya ambik bahagian yang paling mencabar iaitu menyediakan minuman sejuk. haha…mcm nak meletup puasa nampak ais batu yang sejuk dan warna minuman sirap bandung pink.

Waktu mengendalikan kerja menyediakan minuman dalam 40 jag air bersama kawan, saya cuba membuat kerja cepat sikit dari biasa kerana masa berbuka puasa dah dekat. Agak terburu-buru hingga terlari-lari ke sana ke mari mengambil dan menyediakan bahan. :-) dah biasa kerja express ni…. Keadaan tak begitu selesa. Bukan saja lantai licin tapi juga tak pakai selipar. Masa menghantar 2 jag air sirap yang sarat dengan air dan air batu…. “Argghhh bdukkkk!!! tergelincir.. apa lagi, 2 jag air di tangan menyimbah dada.. huhhhh sejuknya…. mula-mula rasa kesal tapi bertukar jadi syok pula… hehehe. SEGAR TERASA!!  “Malangnya” tak terminum… hehe.. nak yang free sebab istilah tak sengaja…  baju putih saya menjadi warna kemerahan. Kerana basah, warna pink dan manis di badan, saya terus mandi. Dah tak selesa…. Bingung tapi terpaksa…  :-) Begitulah…Allah tunaikan hasrat saya untuk mandi salji setelah beberapa hari rasa bahang di Kuala Lumpur… huhu

Posted in Sembang2 & Melancong, Tugas..tugas! | 3 Comments »

Bercuti Untuk Merehatkan Fikiran

Posted by ilmu on 8th Ogos 2012

  

Banyaknya kerja di pejabat. Kalau dikira memang tak pernah habis. Selesai satu perkara, yang baru datang lagi. Begitulah lumrah sebagai seorang kaki tangan dalam satu-satu bidang pekerjaan. Baik di sektor awam atau sektor swasta. Pagi ni saya masuk pejabat seperti biasa akan memeriksa email rasmi jabatan. Nampaknya ada satu atau dua perkara ad-hoc yang kena buat secepat mungkin. Kerja semalam masih ada yang tidak selesai lagi. Minggu lepas pihak atasan memantau pejabat saya dan ada satu deret catatan tindakan susulan yang perlu diselesaikan juga. Huhu…seperti yang saya katakan tadi, kerja memang tak akan habis. Bertambah banyak ya..mungkin. Lebih-lebih lagi kalau suka bertangguh. Jadi, bukan saja kerja-kerja tu kena cepat-cepat buat tetapi juga mesti mempastikan kualitinya.

Pun begitu… dalam kesibukan yang memang berpanjangan, rehat adalah perlu. Bercutilah dan berehatlah. Bila kepala terasa berat pasti tak boleh buat kerja. Kalau jatuh sakit (selalu migrainlah..) kita juga yang akan susah. Kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh pembantu tadbir boleh diberikan terutamanya tindakan ‘urgent’… Berkaitan dengan cuti rehat ini, ia termaktub di dalam Perintah Am Bab C bagi kaki tangan awam dan  boleh diambil apabila seseorang pegawai apabila perlu.  

Cuti-cuti ni bagi saya boleh dimanafaatkan dengan berbagai cara. Antaranya rehat di rumah bersama keluarga, pulang kampung, melawat satu tempat yang menarik, berkelah, membeli belah, berkebun dan sebagainya. Ini akan membantu menurunkan kesan tekanan di tempat kerja dan menstabilkan kadar tekanan darah, jantung, emosi dan sakit kepala.

Cuma persoalannya betulkah cuti yang diambil untuk menghilangkan kesan-kesan negatif di atas benar-benar dimanafaatkan. Satu kajian yang telah dilakukan  mendapati 20% daripada responden tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya cuti rehat dan tidak berjaya menghilangkan kesan tekanan di tempat kerja. Antara sebabnya ialah disebabkan oleh pemilihan aktiviti pengisian cuti rehat yang diambil adalah tidak sesuai!. Justeru itu…marilah kita fikir-fikirkan.. :-)

Posted in Aktiviti Sosial, Sembang2 & Melancong, Tugas..tugas! | No Comments »

Cabaran Memburu Sarjana… Menuntut Ilmu Mengekalkan Kelestarian Manusia dan Alam

Posted by ilmu on 10th Oktober 2011

Melanjutkan pelajaran menjadi keutamaan sebahagian orang tetapi ramai juga yang tidak lagi berminat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat pekerjaan. Fenomena ini berlaku kerana keyakinan mereka bahawa adalah tidak perlu lagi untuk belajar tinggi-tinggi jika telah ada kerjaya atau cita-cita telah tercapai. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa  jika masih mempunyai kemampuan untuk mentelaah nota-nota pelajaran dan bersedia untuk membuat assignment yang diminta oleh para pensyarah bolehlah melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkat yang paling atas. Nampaknya, menuntut ilmu pengetahuan menjadi sebahagian daripada keperluan hidup lebih-lebih lagi pada masa ini. Salah satu sebabnya ialah kerana ilmu pengetahuan boleh membantu mengekalkan kelestarian hidup dan memperbaiki hubungan di antara manusia dengan manusia yang lain, manusia dengan alam persekitaran dan sosio-ekonomi.

Suasana pembelajaran di menara gading… cabaran 3 dimensi; Study….kerjaya…keluarga. Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat

KOHOT 7 copy DSC02432 DSC02429DSC02426 DSC02427 DSC02425

Posted in Motivasi Bestari Pelajar, Pendidikan, Pengajian Jarak Jauh, Personaliti, Sembang2 & Melancong, Seminar-seminar, Tugas..tugas! | 3 Comments »

Bersua Kembali!

Posted by ilmu on 31st Januari 2009

  

Pejabat Saya..

Assalamualaikum wr. wb dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Berjumpa kita kembali di dalam blog ini. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana telah lama tidak menerbitkan artikel baru. Ini kerana ruang storan blog saya telahpun penuh dan terpaksa melanggan ruang baru daripada pemilik edublogs ini.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan anda semua. Saya menerima banyak email dan pastilah blog ini memberikan sedikit faedah keapada sesetengah pihak. Artikel kajian tindakan yang saya terbitkan banyak digunapakai dan tidak kurang juga yang yang memohon panduan secara personel. Terima kasih.

” Berburu di padang datar… dapat rusa berbelang kaki… berguru kepalang ajar… bagai bunga kembang tak jadi.

Salam mesra. Adzmin_ Administrator

Posted in Tugas..tugas! | 1 Comment »