Tugas! Tugas!.. Catatan Hari Pertama

1. Hari ini adalah hari pertama saya masuk ke pejabat setelah menghadiri kuliah dan peperiksaan akhir,

2. Agak kelam kabut juga kerana meja sudah sedia dengan dokumen yang belum diproses.

3. Ada dokumen yang sudah lama dan ada juga yang masih baru. Yang lebih mencabar lagi ialah semuanya kena siapkan cepat.

4. Hehe…. bila melihat kerja yang bertimbun ni, saya mengukirkan (senyuman + risau )macam senyuman kambing nampak tuannya bawa parang tajam. Senyum kerana selalunya tuan kerat rumput untuk dijamah oleh kambing itu dan rasa risau kerana kalau-kalau hari ini, leher kambing pula yang kena sembelih.

5. Aduh! sedikit-sedikit terduduk atas kerusi sejuk ini. Sambil membelek-belek dan membaca surat-surat serta dokumen-dokumen yang tersusun di atas meja,

6. Aku berfikir sejenak…mana satu yang perlu dibuat terlebih dahulu

7. Sambil memanggil pembantu tadbir dan berbincang. Minta pandangan. Akhirnya dapat keputusan… hari ini kena siapkan laporan prestasi pegawai dan staf di pejabat.

8. Sekarang…tengah kerja la ni.

9. Inilah luahan yang biasa didengari oleh pegawai yang bercuti lama. Balik saja… kerja oh menanti. Begitu juga sahabat-sahabat yang baru balik dari Tanah Suci Mekah baru-baru ini

10. Oklah…nak sambung kerja…sekarang bila buat kerja, kena fokus betul-betul supaya hasilnya bermutu.