KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

KAMPUS ASTRO

KAMPUS ASTRO- Mendidik Bersama Komuniti Sekolah

Kota Kinabalu, 23 & 24 Februari 2003- Taklimat Kampus ASTRO kepada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Negeri Sabah dan Labuan serta Guru Perpustakaan dan Media / GPSS bagi sekolah yang terlibat telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan konsep Kampus ASTRO. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada ASTRO Kuala Lumpur dan Sabah yang diketuai oleh Puan Aini Suraya, Pengurus Projek Kampus ASTRO.

Kampus ASTRO memiliki ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan oleh guru-guru di sekolah. Salah satu daripada ciri-cirinya ialah kebolehan rakaman secara terus menggunakan DMG (Digital Multimedia Gateway) selama 80 jam dan sistem playback yang mudah. Kemudahan ini akan membolehkan guru-guru memilih rancangan pada bila-bila masa dan digunakan pada bila-bila masa tanpa risau ketinggalan rancangan pilihan mereka sendiri.

Projek rintis Kampus ASTRO ini melibatkan 53 buah PKG Sabah, Sarawak dan Labuan serta 128 buah sekolah. Pemasangan set dijangka akan bermula pada bulan Mac 2009. Dalam projek ini, pihak ASTRO bersetuju menerbitkan 12 saluran yang berbentuk pendidikan dan informasi. Saluran-salurannya ialah TV1, TV2, Astro Ceria, Astro Awani, Animal Planet, National Geographic, Disney, History, TVIQ, Discovery Science, BERNAMA dan Discovery Channel.

Pemasangan komponen di sekolah-sekolah, PKG, PTPB dan BTPN akan berlanjutan sehingga 3 fasa di antara 2009-2011 yang melibatkan 10 192 premis di seluruh Malaysia. Jika dibandingkan dengan TV Pendidikan Melalui ASTRO Kementerian Pendidikan Malaysia yang lalu, Kampus ASTRO memiliki lebih banyak kelebihan dan keistimewaannya. Konsep 3R kampus Astro TV Pendidikan era baru ini memperkenalkan teknik “Rancang – Rakam – Reka” membantu guru memperkenalkan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam projek rintis untuk daerah RANAU

1. Sekolah Kebangsaan Pekan 2, Ranau

2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Pai Wen, Ranau

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang Ranau

Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat.

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image