KG KINASARABAN

Kampung Kinasaraban

Saya telah menulis artikel ini dalam Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Kedudukan

Kampung Kinasaraban dalam mukim Kundasang Daerah Ranau Negeri Sabah Malaysia terletak di kedudukan geografi 6° 20′ 0″ Utara dan 116° 24′ 0″ Timur.Ia terletak 2 km dari Kuarters Utama Taman Negara Kinabalu, 18 km dari Bandar Ranau dan 90 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kampung ini terletak di lereng sebuah bukit berhadapan dengan Kampung Himbaan.Jika anda menjelajah lokasi ini melalui Google Earth, anda akan dapati ia begitu jelas dengan panorama

Sejarah

Terdapat beberapa pendapat atau andaian bagaimana nama Kinasaraban itu diperoleh.

Dia antaranya ialah diambil sempena sejarah sepohon pokok yang terbakar. Kinasaraban bermakna tempat kebakaran. Pada tahun 1920-an sehingga 1950-an, peniaga-peniaga tembakau, sayur-sayuran dan hasil hutan menghantar barang jualan mereka ke Kota Belud dan Tamparuli. Para peniaga berjalan kaki meredah kawasan hutan melalui denai-denai yang dibuat sendiri oleh mereka ini. Di setiap persinggahan, mereka mendirikan pondok kecil untuk dijadikan tempat berehat. Maklumlah perjalanan mereka ke tempat perniagaan ini mengambil masa 3 hingga 4 hari. Salah satu tempat berteduh terletak di lereng sebuah bukit yang tidak berapa tinggi. Pondok usang didirikan di bawah pohon tinggi. Pada suatu hari, sekumpulan peniaga menghidupkan api untuk bergadang. Mereka terlupa memadamkan api ini sebelum meneruskan perjalanan. Api tersebut telah merebak dan membakar pondok serta kayu-kayu di sekitarnya. Mulai saat itu, tempat itu dipanggil kinasaraban yang bermakna tempat kebakaran dan kekal sehingga ke sekarang ini

Pendapat kedua ialah berlaku kebakaran yang memusnahkan kawasan hutan dan tanam-tanaman orang-orang kampung. Kawasan kebakaran ini jelas kelihatan dari arah Kg Paka atau Kg Himbaan. Pada waktu itu belum banyak rumah yang didirikan di sini. Belum menjadi sebuah kampung seperti sekarang ini. Rumahnya berjauhan di antara satu sama lain. Kawasan kampung ini agak tidak subur dan hanya pokok renek serta lalang dan rumput sahaja yang tumbuh. Maka apabila musim kemarau, kawasan ini sering terbakar

Pendapat ketiga ialah berdasarkan kepada kejadian kebakaran yang berlaku di antara 1941 hingga 1945 semasa pendudukan Jepun di Sabah

Penduduk

Kinasaraban mempunyai penduduk lebih daripada 400 orang dengan rumah lebih kurang 50 buah. 100% daripada kawasan Kg. Kinasaraban adalah kawasan tanah tinggi yang berhampiran dengan Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. 90% penduduknya ialah orang Dusun, 10% Bangsa-bangsa lain (Cina, Warga Indonesia dan Filipin. 90% penduduknya adalah beragama Islam. 7% Kristian dan 3% Agama-agama lain (Buddha dan animisme)

Ekonomi

Perusahaan utama di kawasan ini ialah penanaman sayur-sayuran, perniagaan dan pemborong hasil tani, perniagaan runcit dan perkhidmatan, sektor pelancongan dan homestay dan kakitangan jabatan kerajaan dan swasta.

Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di kampung ini adalah seperti berikut:- 1. Jalanraya berturap melalui lebuhraya Timur – Barat 2. Jalanraya berturap dalam kawasan kampung 3. Kemudahan elektrik 24 jam 4. Jaringan telefon dan jalur lebar 5. Surau 6. Sekolah rendah 7. Balairaya 8. Gerai sayur 9. Tabika KEMAS 10. Liputan talian telefon mudah alih 3G Celcom, Maxis Hotlink dan Digi 11. Penginapan (resort) untuk para pelawat. Resort adalah seperti Strawberry Garden Resort, U Merlin Resort, Kinabalu Rose Cabin, Fairy Garden, Kinabalu Reflexology Centre dan Mt. Kinabalu Resort

Potensi Masa Hadapan

Bidang yang berpotensi untuk lebih maju pada masa akan datang ialah bidang perkhidmatan profesional, pertanian dan pelancongankinasaraban from himbaanklik untuk saiz maksimum

 

 

11 thoughts on “KG KINASARABAN

  1. salam,

    apa khabar? banyak rupanya informais yang sudah di letakkan di sini, bangga membacanya… tempat lahirku….
    tapi pasal cerita penamaan kampung kita itu macam ada lain ceritannya yang saya dengar lagi….
    jadi, mana satu sebenarnya yang kita boleh kumpulkan dengan betul cerita asal usul kampung kita ini… dalam FB dah ada sedikit, yang saya cari dahulu ada juga dalam simpanan saya..walau apa pun saya bangga menjadi warga kampung kinasaraban….
    moga permaufakatan akan lebih memberikan kekuatan pada keharmonian penduduk berbilang agama di kampung….

  2. Salam…alhamdulillah, syukur.. baik.. 🙂 setakat ini saya dapati ada 2 versi cerita mitos ttg kampung kita ini iaitu sprti yang saya ceritakan dan cerita oleh saudara samry melalui blog beliau. dlm segi sejarah mitos, tiada cerita yang salah dan betul. ini disebabkan tiada bukti melalui dokumen rasmi. kita boleh reka mengikut kepercayaan dn pendengaran melalui cerita orang tua-tua. hehe. ponsikou atas lawatan.. # cadangan juga boleh dikemukakan melalui wikipediia

  3. assalamualaikum…tertarik dengan isi FB ini, bolehkah ada general map untuk menunjukkan keluasan kampung termasuk jalan,perumahan dan infrastruktur yang ada. Sesuai untuk di letakkan di balairaya. Terimakasih.

  4. salam.. nak tanya, kami dari utm berminat untuk buat program khidmat masyarakat dekat kg kinasaraban. macamane ye keadaan kg tu? sesuai tak untuk kami pergi ke sana?

  5. Salam. Sy boleh explain scra ringkas ttg kg. kinasaraban. sila check email anda. tksh

  6. salam…kmi pljr dr upm, berminat nk buat program kt kg kinasaraban…dan mungkin akan bermalam di sana, blh ceritakan serba sdikit mengenai kg kinasaraban?

  7. Waalaikumussalam wtb. Terima atas kesudian pihak tuan / puan / cik mengadakan program di Kg. Kinasaraban. Saya akan emailkan maklumat lanjut tentang kg ini melalui email saudari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *