KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

TEKA-TEKI

Bagus juga main teka-teki ni. Kurang-kurang asah otak supaya tajam berfikir hehe… yang datuk nenek tanyakan time mengatam padi supaya tidak terasa penat dan panas di bawah bahang matahari.

Cubalah teka apakah bendanya.. KALAU NAK TAU JAWAPANNYA SILA TEKAN CTRL A ….

1. Ngit Ngiau… ape tu.. Jawapan : Pungit (kelawar) dan kucing. Hehe paling susah sebab diambil dari kawan mengikut bahasa ibunda -Dusun

2. Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Jawapan : Kuih salah bikin.

3. Binatang apa power Karate? Jawapan : Kuda belang.cuba kira berapa black belt dia ada.

4. Siapa yang menemukan dompet kulit? Jawapan : Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya.

5. Pintu apa yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh nak tolak? Jawapan : Pintu yang ada tulis ‘TARIK’

6. Saya ada 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya? Jawapan : Pembohong…

7. Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati…’? Jawapan : Usus

8. Binatang apa yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? Jawapan : Kutu rambut

9. Nenek sapa jalannya meloncat-loncat? Jawapan : Neneknya si katak

10. Kenapa lelaki jarang kena penyakit anjing gila? Jawapan : Sebab lelaki ni kan ‘buaya’

11. Apa beza sekretari baik dengan sekretari kurang baik? Jawapan : Sekretari baik…..’Selamat pagi tuan’, Sekretari kurang baik….’Dah pagi ni

12. Apa persamaan Michael Jordan dengan Michael Jackson? Jawapan : Dua-dua tak kenal korang…hehe

13. Tukang apa yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas? Jawapan : Tukang gali kubur

14. Nak mencari sikit punya susah, bila dah dapat buang, apa bendanya? Jawapan : Tahi hidung

15. Apa persamaan kain jemuran dengan telefon? Jawapan : Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ boleh diangkat…

16. Kenapa pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Jawapan : Mestilah kena tebang, sapa nak cabut pokok kelapa …gila apa…

17. Gajah terbang dengan apa? Jawapan : Dengan susah payah……

6 Responses to “TEKA-TEKI”

  1.   roni Says:

    Salam..dah sejam saya baca dan download pelbagai info.moga tuan dirahmati Allah bkongsi ilmu ni.tq..

  2.   ilmu Says:

    Barokollahu fik.. selamat berjuang dan menempuh kejayaan.

  3.   halawatuliman Says:

    bijak :) tekan cntrl A untuk tinguk jwpn…pakai colour putih untk font n cover jwpn supya tk nmpk.. thats great

  4.   ashy Says:

    ..wahh..bestnya teka teki ni..hehee..lain kali..tambah la lagi..boleh teka teki kengkwn lain nnti..

  5.   ft17ranauteam Says:

    :-)

  6.   ilmu Says:

    terima kasih semua :-)

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>