KOLABORASI ILMU

Kolaborasi Online Dibangunkan Pada 15 Feb 2008 Untuk Mendokumentasikan Pelbagai Maklumat

PPPM 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari pertama UPSR tahun 2012. Sehubungan dengan itu satu dokumen telah dikeluarkan sebagai garis panduan yang perlu dirujuk oleh semua pihak yang terlibat.

Rasional pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah untuk mempercepatkan usaha-usaha murni ke arah pencapaian transformasi pendidikan abad ke-21. Apa yang kita tahu, Malaysia sedang berhadapan dengan persaingan getir dalam usaha untuk menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat dan pembangunan ekonomi yang mapan bergantung keupayaan sistem pendidikan kerana pendidikan merupakan asas kepada pembangunan secara komprehensif.

Dokumen berharga ini mengandungi 248 mukasurat dan mengandungi 8 bab yang dihurai dengan begitu mendalam. Bab-bab dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah seperti berikut:-

1. Konteks & Pendekatan

2. Aspirasi Baharu

3. Analisis Keberhasilan Pelajar

4. Mengkaji Pembelajaran pelajar

5. Peranan Guru & Pemimpin Sekolah

6. Pembangunan Fungsi Kementerian

7. Struktur Sistem Pendidikan

8. Garis Panduan Sistem Transformasi

Terdapat 11 anjakan yang ditetapkan dalam PPPM. Anjakan tersebut adalah seperti berikut

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Download Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 

 

Leave a Reply



XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>