KOLABORASI ILMU

Kelahiran Semula Kolaborasi Ilmu ..15 Februari 2008..

PUSAT KEGIATAN GURU RANAU

Laman Web PKG Ranau di http://pkgranau.edublogs.org sila klik.. terima kasih

Bangunan PKG Ranau telah dimulakan pembinaannya pada tahun 1992 dan siap pada tahun 1994. Bangunan ini terletak di kawasan SK. Pekan Ranau berhadapan dengan bekas Pejabat Pelajaran Daerah Ranau. PKG Ranau telah mula beroperasi pada tahun 1992 dengan menumpang di Pejabat Pelajaran Daerah pada ketika itu. Setelah bangunan sendiri siap pada tahun Mei 1994, pejabat pengurusan PKG berpindah bersama kakitangannya yang terdiri daripada satu orang pegawai sahaja. Beliaulah yang mengurus dan menyelaras semua kegiatan di PKG sehinggalah mendapat pembantu pada tahun 1995. Kakitangan  yang pernah bertugas di PKG Ranau antara tahun 1992-1998: En. Mathnie Samat (Penyelaras), En. Mustafa Nasir (Pembantu), En. Hishamuddin Latiff (Pembantu), Cik Masniah Masnoddin (Kerani), Pn. Ashana Gudumi (Kerani)

 En. Mathnie Samat

Pada bulan Ogos 1998, En. Mathnie Samat telah bertukar ke SK. Kinirasan Ranau. Hanya pada bulan Januari 1998 Pegawai Penyelaras yang baru iaitu En. Sabin Medi mengambilalih pentadbiran di PKG. Beliau dibantu oleh kakitangan lama yang masih bertugas di pejabat ini. Sepanjang beliau bertugas di sini, beberapa orang kakitangan baru yang pernah berkhidmat di pejabat ini iaitu Pn. Winnie Subil (kerani), Pn. Hasnah Wahirun (Kerani). En. Sabin Medi telah bertugas di pejabat ini sehingga bulan Jun 2000. Beliau telah ditukarkan ke SK. Gana-Gana sebagai Guru Besar.

Pada bulan Oktober 2000, En. Losinin Johalin mengambilalih pentadbiran PKG Ranau sehingga sekarang. Staff yang pernah bertugas di PKG Ranau sepanjang tahun 2000 hingga sekarang ialah En. Hishamuddin Latiff (Penolong Pegawai), En. Linus Guntas (Penolong Pegawai), Cik Yusninah Matasin (Kerani), Cik Baniza Bais (Kerani), En. Sarinin Gusili (Pembantu Am), Puan Salina Selimin (Pembantu Am), Pn. Asnah (Pembantu Am), Cik. Norafidah (Pembantu am), Cik Noraila (Pembantu Am) Cik Musinah Gosong (Pembantu Tadbir N17) dan En. Rajibin Rasman (Pegawai Teknologi Pendidikan II). Pada bulan April 2009, 2 orang kakitangan baru mulai bertugas di ini iaitu Cik Jamatie Delimbong (Pembantu Tadbir) dan En. Rechell Airol Jupiling (Juru Teknik)

losinin 

LOSININ BIN JOHALIN, PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1

photo-rajibin-150x150 STAF PEJABAT

RAJIBIN RASMAN, PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN 2

Selamat datang juga kepada semua staf baru PKG Ranau.. Puang Norhayati Nasir (Pembantu Am), Cik Jamatie Delimbong (PTN17), Encik Rechell Airol Jupilin (Juruteknik – FT17)

yati2 Yati

jamatie Tie

rechell Chell..

 

GALERI GAMBAR PUSAT KEGIATAN GURU 2008

6 Responses to “PUSAT KEGIATAN GURU RANAU”

  1.   AmFirdaus Says:

    Aslkum… gud mrning semua.. blog site ni sangat menarik. saya mohon budi baik pegawai di pkg ni datang melawat pusat sumber saya di sk paginatan ranau. by the way,nama saya asrinah amit,bekas pelajar en. rajibin rasman di sk st benedict duuuuuuuuuuuuuuulu. ok,im expecting ur reply.. my hp number is 019 895 2125…

  2.   ilmu Says:

    Wa’alaikumussalam..terima kasih atas komen cikgu. Pejabat ini akan memaksukkan siri lawatan ke PSS cikgu dalam takwim yang akan datang. Kekalkan pencapaian PSS cikgu terutamanya penggunaan, dokumentasi dan keceriaan. Terima kasih. PTP(1).

  3.   Jasnie Omar Says:

    Asalamualaikum. Tahniah atas kewujudan blog ini. Sangat informatif untuk semua. Saya cadangkan agar blog ini dapat dipromosikan kepada semua guru-guru di daerah Ranau khasnya supaya perkongsian melalui blog ini lebih meluas mantap dan bermanafaat. Sentiasa update blog ini dan responlah kepada setiap komen dan cadangan yang dikirimkan pengunjung. Selamat berjaya dan SK Kundasang mahu menjadi rakan setia blog ini.

  4.   ilmu Says:

    Wkumsalam. Terima kasih. Apa yang saudara katakan itu adalah harapan saya juga. Mudah2n blog ini berguna dan memberikan manafaat.

  5.   Jasnie Omar Says:

    Asallamualaikum. Saya nak bertanya tentang makmal komputer di sekolah. Jika berlaku kes dimana banyak komputer yang tidak berfungsi (Rosak), dimanakah saluran yang betul untuk kami mengemukakan permasalahan ini?, cadangkan pada kami beberapa tindakan yang wajar dilakukan. Soalan kedua adalah berkaitan Pusat Akses. Adakah Pusat Akses berada di bawah tadbiran PSS atau berada di bawah tadbiran bersama Makmal ICT? Adakah Pusat Akses mempunyai organisasi sendiri atau berada bersama organisasi makmal ICT?. Kami juga ingin mengetahui relevan kewujudan Pusat Akses dan beza fungsinya dengan makmal ICT sedia ada. Tolong perjelaskan. Terima kasih.

  6.   ilmu Says:

    Wkumsalam. Terima kasih di atas pertanyaan saudara. Maaf krn agak terlambat untuk reply. Ini disebabkan sy outstation sejak 2 minggu yang lepas. Untuk menjawab pertanyaan saudara, jika berlaku kerosakan kepada peralatan makmal ICT yang masih di dalam warranty sila laporkan terus kepada pembekal. Jika tidak ada warranty lagi, sila laporkan terus kepada En. Francis Langkab di PPD Ranau untuk tindakan selanjutnya. Laporan yang baik disertakan dengan surat dan nyatakan spesifikasi kerosakan yang telah berlaku. Berkaitan dengan Pentadbiran Pusat Akses Sekolah, ia mempunyai AJK Pentadbirnya sendiri. Susunan AJKnya adalah seperti berikut; Pengerusi : GB, Peno. Pengerusi : PK1, S/usaha 1 : Guru Media dan Perpustakaan, S/Usaha 2 : Guru Penyelaras Bestai atau ICT, AJK : Ketua-ketua Panitia. Ketua Pemantau Penggunaan : Guru Media dn Perpustakaan, Ketua Teknikal : Guru Penyelaras Bestari atau ICT. Tujuan utama PAS diwujudkan ialah untuk melengkapi PSS sebagai pusat maklumat dan konsepnya lebih kepada cyber cafe dan digunakan untuk Self Access Learning. Ini berbeza dengan Makmal ICT yang digunakan khas untuk sesi P&P secara formal.

Leave a Reply

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image