RUANGAN PERTANYAAN
Pengunjung yang dihargai- ruangan ini dikhaskan untuk sebarang pertanyaan. Sila masukkan pertanyaan anda, insyaAllah kami akan melayan anda dengan kadar segera. Terima kasih
Pengunjung yang dihargai- ruangan ini dikhaskan untuk sebarang pertanyaan. Sila masukkan pertanyaan anda, insyaAllah kami akan melayan anda dengan kadar segera. Terima kasih
Mac 4th, 2009 at 3:20 am
Assalamualaikum,apa topik yang perlu saya baca untuk persediaan pertandingan nilam peringkat negeri? tq sir.
Mac 4th, 2009 at 3:41 am
waalaikumussalam. Baca buku-buku yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan umum seperti sejarah, kepimpinan negara, sosio-budaya, pendidikan dan patriotisme. Pilih satu buku yang kamu paling minat, fahamkan isi kandungan buku itu termasuk pengarang, penerbit, bil mukasurat, bil bab dan sinopsis. Ini untuk persediaan dalam slot bicara buku.
Mac 8th, 2009 at 2:13 pm
Tuan, saya ingin mendapatkan beberapa isu berkaitan dengan kajian tindakan untuk pra sekolah. Boleh tak tuan cadangkan beberapa tajuk? terima kasih
Mac 8th, 2009 at 3:56 pm
Salam, saudari boleh email yang dihantar. Sya mencadangkan beberapa isu spt di bawah ini.
1. Keberkesanan penggunaan media dalam proses P&P pra-sekolah
2. Minggu Orentasi : Meningkatkan keberanian pelajar pra-sekolah
3. Keberkesanan taman permainan dalam meningkatkan kemahiran psikomotor kanak-kanak pra-sekolah
4. Meningkatkan minat dan motivasi pelajar pra-sekolah dengan menggunakan kaedah ‘Ayat Berlagu”
Terima kasih.
Mei 19th, 2009 at 1:01 am
Salam ckg, kami rancang akan melawat PSS cemerlang di Ranau. Sekolah apa yang boleh dilawat? Terima kasih
Mei 21st, 2009 at 4:13 am
SK Kllimu dan SMKA Mohd Ali. Tq
Jun 17th, 2009 at 6:15 am
Cigu. Bagi saya senarai nama buku dalam kategori Karya-Karya Agung.
Jun 18th, 2009 at 6:40 pm
Terima kasih atas pertanyaan saudara singuut. sila klik di sini http://ilmu.edublogs.org/karya-karya-agung/
Oktober 5th, 2009 at 5:59 pm
Tuan,
Saya hendak bertanya tentang format laporan untuk Kajian Tindakan.
Saya ada melihat laporan kajian yang pernah tuan laksanakan. Adakah kami perlu menghantar laporan (format) yang sama?
Terima Kasih.
Oktober 6th, 2009 at 5:15 pm
Terima kasih di atas pertanyaan. Format pelaporan kajian tindakan agak fleksible. Seperti yang ckg lihat dlm beberapa jurnal, format pelaporan agak berbeza. Yang penting ialah maklumat-maklumat berkaitan dengan kajian dapat disampaikan kepada pembaca. tk