SSQS & SPPICT
1. Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)
SSQS (Smart School Qualification Standards) adalah sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Tujuan pelaksanaaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah Bestari dan diperluaskan ke semua sekolah di seluruh negara.Aplikasi ini digunakan untuk membuat kajian dan mendapatkan maklumbalas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di semua sekolah bestari dan kini aplikasi telah dibina berasaskan web dan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara. Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM bagi membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sekolah boleh melayari laman web ini : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
Untuk login sila dapatkan nama pengguna dan kata laluan daripada PKG berdekatan.


Julai 20th, 2010 at 10:50 PM
I look your great blog first, very nice information, would come again and love it.Our Air Yeezy store offers you all kinds of latest fashion style shoes like Air Yeezy and with Kanye West Air Yeezy high quality and affordable price.