Antivirus Kaspersky Untuk Sekolah-sekolah Daerah Ranau

kaspersky

 

Kepada sekolah-sekolah dalam Daerah Ranau yang memerlukan antivirus sila dapatkan software original Antivirus Kaspersky Open Space Security sekarang di PKG Ranau. Stok adalah terhad. Sedikit maklumat tentang antivirus yang dibekalkan di sekolah-sekolah. Pada masa ini kebanyakan sekolah menggunakan antivirus yang didownload dari internet dan bertahan hanya 60-90 hari. Penebatan terhadap serangan virus dan anasir siber tidak berkesan. Dengan adanya antivirus Kaspersky Open Space Security ini, keselamatan siber di sekolah-sekolah akan lebih terjamin. 1 lesen boleh digunakan untuk semua komputer dan laptop di sekolah selama 1 tahun.

Epal Hijau Di Kundasang

Hari ini saya ingin menunjukkan salah satu tanaman hobi di kundasang iaitu epal. Epal tempatan seperti dalam gambar di bawah biasa ditanam di halaman rumah sebagai tumbuhan hiasan. Epal jenis ini hanya tumbuh dan berbuah di tempat yang bercuaca sejuk sepanjang tahun. Kalau nak rasa…eehh… masam. Pun begitu kandungan vitamin c pada buah epal ini lebih tinggi.

IMG_0362 IMG_0366 IMG_0360 IMG_0363 IMG_0365 IMG_0361 IMG_0364 IMG_0359

Awal Persekolahan 2010 Daerah Ranau

Setelah hampir 40 hari bercuti hujung tahun 2009, persekolahan 2010 dimulakan pada 4 Januari 2010. Dengan semangat dedikasi dan iltizam yang tinggi, guru-guru dan para pelajar telahpun mula belajar sebaik sahaja tirai persekolahan dibuka. Dalam pemantauan saya ke tiga buah sekolah iaitu SK. Kandawayon, SK. Kinirasan dan SK. Badukan, kelihatan guru-guru dan para pelajar telah mula melaksanakan gerak kerja di dalam kelas masing-masing. Jadual waktu P&P  dan rancangan pengajaran tahunan serta harian telah sempurna disediakan oleh pihak sekolah dan guru-guru. Walaupun suasanan cuti masih terasa, namun guru-guru dan para pelajar telah hadir ke sekolah seawal pukul 6.40 pagi.