Menjamu Selera Di Sambal Hijau, Kg. Sg. Penchala, KL

Siapa tahu di mana Restoran Sambal Hijau yang tekenal di kawasan Sg. Penchala tu. Pertama kali saya berkunjung di Sambal Hijau ialah sebulan yang lepas. Itu pun kawan yang ajak. Saya tak tahu pun di situ ada tempat makan yang istimewa walaupun sudah 2 tahun duduk KL. Saya pernah masuk ke kawasan itu secara tak sengaja, 2 tahun yang lalu kerana tersalah jalan. Kejadian itu berlaku pada hari kedua saya duduk KL. 😀

Balik kepada cerita Sambal Hijau. Apa yang istimewa di Sambal Hijau? Tentunya kerana pilihan makanan yang banyak. Lauk pauk berkonsepkan selera kampung seperti ikan bakar, ayam panggang, pelbagai ulam-ulaman, asam pedas, sotong, udang dan ketam masak lemak cili api, rendang ayam dan daging, pelbagai jenis sambal dan yang paling best tu la sambal hijau tumis :-). Ada lagi la sup tulang, sup ayam, pelbagai jenis sayur-sayuran kampung, pelbagai jenis jus, bubur pulut hitam, puding dan banyak lagi makanan yang disajikan. Pendek kata, memang banyak pilihan hehe… Tak rugi berkunjung ke Sambal Hijau.

Jadi sesiapa yang nak datang tu kena awal. Pasal lauk-pauk cepat habis. Datang dalam pukul 1.00 tengah hari. Kalau bernasib baik, dapatlah tempat duduk. Kalau tak, kenalah sabar sikit.. tunggu giliran 🙂 Kalau nak solat dulu, boleh. Masjid bersebelahan dengan restoran ini. Tempat parking kereta luas.. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh layari web Sambal Hijau..klik..klik.. 🙂 Sorry la tak dak gambar untuk upload..hehehe. Masuk website dorang la..senang.. 🙂 🙂

One thought on “Menjamu Selera Di Sambal Hijau, Kg. Sg. Penchala, KL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *