Lapangan Terbang Terbesar Di Dunia

 

Lapangan terbang terbesar di dunia ini terletak di Beijing, China dengan siapnya Terminal 3. Lapangan terbang Terminal 3 ini mulai dibina pada Tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Tahun 2008 sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008. Terminal yang diilhamkan oleh Arkiteknya Norman Foster ini adalah bangunan tertutup terbesar di dunia. Menurut AFP, China sengaja membangunkan lapangan terbang yang memakan belanja sebanyak 2.7 Billion Dolar (3.5 Billion Gigantic) untuk menyambut Olimpik 2008 yang berlangsung di sini. Panjang terminalnya ialah 3.25 km. Luas lantainya ialah 98 hektar (14 juta kaki persegi) atau sama dengan 170 pada bola sepak. Luas kawasan lapangan terbang Beijing ini ialah 501 batu persegi. Lapangan terbang ini mampu menerima dan menguruskan 50 juta penumpang setahun. Pesawat pertama yang diberikan penghormatan mendarat di terminal ini ialah Shandong Airlines dari Jinan pada hari Jumaat (29/2/2008) pada pukul 8.39 pagi waktu Beijing. Sementara pesawat pertama yang diberikan penghormatan berlepas ialah British Airways yang terbang menuju ke London. 

 (Punca: chinadaily -27/2/2008)