Seni Rawatan Tradisional

 

 

Seni urutan datang daripada tindakbalas naluri manusia iaitu apabila terdapat bahagian anggota badan kita yang bengkak akibat hentakan atau pelanggaran dengan sesuatu, kita akan mengurut bahagian tersebut secara perlahan-lahan sehingga kesakitan dan kawasan membengkak tadi berasa sedikit lega. Tindakbalas naluri inilah telah menjadi asas yang dikembangkan sedikit demi sedikit, dari satu generasi ke generasi seterusnya sehingga menjadi sains dan seni penyembuhan yang lebih sofistikated.

 

Urutan tradisional merupakan satu kaedah saintifik yang memanipulasikan tisu-tisu dalam badan untuk menghasilkan tindakbalas dan kesan tertentu. Antara objektif-objektis urutan tradisional adalah mengembalikan fungsi-fungsi badan ke tahap normal, meleraikan ketegangan serta meningkatkan kerehatan. Terapi urutan tradisional ini mampu memperbaiki sistem-sistem seperti otot, rangka, pencernaan, pernafasan, peredaran darah, endokrin, saraf, emosi dan mental.

 

Terapi refleksologi merupakan satu lagi terapi urutan tradisional lengkap yang berkonsepkan zon-zon refleks yang terdapat di telapak kaki dan tangan serta kaitannya dengan organ-organ dalam badan kita. Dengan hanya urutan di telapak kaki dan tangan akan memberikan manfaat kepada keseluruhan sistem dalam badan. Terapi refleksologi dipercayai amat mujarab untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.

 

Ketegangan (stress) yang sering membelengui kehidupan kita boleh mengakibatkan kekejangan otot. Fenomena ini mengurangkan kelancaran pengaliran darah selaku ejen pengangkutan yang penting dalam sistem badan kita. Pengaliran darah yang tidak lancar turut menghalang kelancaran penghantaran oksigen dan elemen-elemen penting yang dihantar melalui darah ke otot-otot dan organ-organ. Kekejangan (tension) boleh menyebabkan penghasilan toksin dalam badan yang mengurangkan aliran tenaga. Kekejangan juga membawa kepada simptom kelesuan, kurang cergas, kesakitan, sengal-sengal dan kekejangan otot, yang seterusnya menganggu struktur rangka.

 

Elakkan daripada gejala-gejala yang akan menggabungkan masalah-masalah yang sedia ada dalam badan, apatah lagi mewujudkan masalah-masalah lain. Luangkan masa anda untuk menjalankan sesi terapi urutan tradisional, ia membantu kepada kerehatan, menghilangkan kekejangan dan ketegangan dalam badan.

 

Dalam sistem seksual pula, Premature Ejaculation (Pancut awal), Hernia (Angin Pasang) and Erectile Dysfunction (Lemah/Mati Pucuk) adalah antara masalah seksual lelaki. Krisis kesihatan ini telah banyak menyebabkan individu gagal mendapat kepuasan seksual dan seterusnya mengakibatkan tekanan dan ketegangan (stress and tension).

Jadilah individu yang sentiasa sihat dengan terapi / urutan tenaga batin secara tradisional sebagai usaha untuk merawat dan mengekalkan kesihatan dalaman/seksual anda. Rajah di atas mungkin berguna untuk anda. SELAMAT MENCUBA.

 

Kiriman :

N.Azlinda, Bukit Bintang Kuala Lumpur. 

 

Makanan Awet Muda

Kiriman : Lin, Kuala Lumpur

Pegaga

Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

Timun

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

Cekur

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.

Kunyit muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

 Petai

Walaupun mempunyai bau kuat, ia menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pucuk kaduk

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

Pucuk gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

Lobak merah

Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.

Mengkudu

Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

Jering

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

Nak Langsing?

  

Kiriman : Lin, Kuala Lumpur

Makanan-makanan yang boleh membantu mengurangkan berat badan. Selamat Mencuba.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu  dan bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat
dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar
tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol dengan mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu meminimumkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai