Mengakhiri Program Sandaran SK. Sungai Buloh, Selangor

Setelah dua bulan bersama dengan warga SK. Sungai Buloh Selangor, hari ini adalah hari terakhir saya bertugas di sini. Minggu hadapan akan kembali ke Institut Aminuddin Baki Enstek untuk meneruskan perjuangan NPQEL yang berbaki 2 minggu sahaja lagi. Sepanjang berada di sini, alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan aplikasi pembelajaran secara online melalui Virtual Learning Environment (VLE). Ramai pelajar yang telah mengikuti sesi pembelajaran dan penggunaan VLE khususnya pelajar-pelajar Tahun 3, 4, 5 dan 6. Program ini juga telah membuka peluang kepada guru-guru untuk meningkatkan kemahiran membina laman pembelajaran. Beberapa siri bengkel untuk guru telah dilaksanakan dan hasilnya sangat baik di mana guru-guru telah menghasilkan laman pembelajaran dan dimuatnaik dalam akaun sekolah. Semoga sekolah ini terus maju pada masa akan datang.

Sistem Pengurusan Sekolah Daerah Kudat

24 dan 25 Oktober  2013 telah berlangsung Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Daerah Kudat. Saya sempat bersama-sama dengan 68 orang Guru Data untuk melaksana Hand’s On SPS Daerah Kudat. Terima kasih kepada pihak pengurusan PKG Kudat kerana telah menjemput saya untuk melaksanakan bengkel ini. Dalam masa 2 hari, alhamdulillah 68 buah sekolah telah mengaktifkan SPS dan telah mengisi sehingga 13 modul. Harap dapat diteruskan pada masa akan datang.

Membangunkan Multimedia Pengajaran Dengan Lecture Maker

Hari ini pelbagai perisian  khusus untuk membina multimedia pengajaran. Contohnya Macromedia Authoware, Hot Potato, Ms Powerpoint dan banyak lagi. Tetapi Lecture Maker adalah di antara perisian paling mudah dan sangat user friendly. Perisian Lecture Maker adalah produk dari China dan dibangunkan oleh Daulsoft. Perisian percubaan atau pakej penuh boleh dimuat turut atau dibeli melalui Softpedia, CNET Download, Downloadplex, Laman web Lecture Maker, atau di Top4download. Pengalaman saya, Lecture Maker mempunyai ciri-ciri yang lebih mudah daripada kebanyakan perisian yang lain. Lecture Maker membenarkan proses import data audio, video, image, teks dan animasi secara langsung melalui penggunaan built in camera dan internal notebook microphone .  Rasanya lebih mudah melakukan synchronization di antara teks dan voice over di sini.  Selain itu, Lecture Maker juga membolehkan pembangun media pengajaran membina soalan-soalan kuiz secara interaktif.

Selamat mencuba.