FORUM PPSMI

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

Mungkin anda adalah salah seorang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan PPSMI. Mungkin anda adalah seorang guru atau pelajar atau ibu bapa atau sekurang-kurangnya saudara kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan PPSMI. Berikan pendapat anda tentang PPSMI, Setuju atau tidak? Atau ada cadangan lain…. Berikan komen anda…

20 thoughts on “FORUM PPSMI

  1. Tujuan kerajaan menjalankan dasar PPSMI memang baik tapi agak menyusahkan banyak pihak baik guru, pelajar itu sendiri dan ibubapa.

  2. Saya berpendapat PPSMI perlu diteruskan. Penguasaan English anak-anak saya yang mengikuti PPSMI semakin baik. Saya sokong usaha kementerian ini walaupun pelbagai pihak menentangnya tetapi bagi saya ini adalah satu cara pelajar2 di Malaysia mampu bersaing di peringkat global. Terima kasih admin blog ini kerana menyediakan ruangan untuk forum.

  3. Ape2 ajelah kerajaan ni memang tak abih ngan program dan dasar. Ingat tak, mase DSAI jadi menteri pendidikan. Byk dasar baru tp xder yang kekal. Rasenya yg ni pun same. Takkan kekal wlupun dah makan $$$$$$$$$$$$$$$ yg byk.. tapi kesannya baik wlupun buat guru stress!!

  4. gaman, mari minum siini dekat kadai kau. Ndak payah tu PPSMI nanti kita kasi serah saja sama Pak Din. Dia punya karaja baitu. Jangan pening pikir kio. Ba sa tunggu tau

  5. 4 bulan sebelum keputusan UPSR keluar, KPPM kata keputusan peperiksaan tersebut akan dijadikan benchmarking sama ada nak teruskan PPSMI atau tidak. Bagaimanapun ramai yang berpendapat keputusan peperiksaan bukan penentu. Bagi pendapat saya PPSMI bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan % dalam keputusan peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM tetapi lebih kepada peningkatan kualiti sumber manusia di negara kita. Oleh sebab itu sya menyokong PPSMI diteruskan.

  6. Keputusan peperiksaan boleh dimanipulasikan mengikut kehendak kementerian atau lembaga peperiksaan. Misalnya, markah Gred A boleh dinaikturunkan mengikut satu piawaian tertentu yang tidak rigid. Mungkin keputusan peperiksaan UPSR bukan ukuran.

  7. Saya stuju PPSMI. Ckg sudah ajar yang trbaikkan.. anak saya ada juga pandai2 BI. Lgpun di SK St Benedictkan budak2nya pandai2. Hehe

  8. Banyak dah orang bercakap pasal PPSMI.Dan yang terbaru,timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP).Pada saya,memang kita ketandusan cerdik pandai dalam bidang Sains dan Matematik.Tengok siapa angkasawan kita?Doktor perubatan.Siapa PM kita?Fikirlah sendiri.Ahli fizik atau kimia yang terkenal boleh dikira dengan jari.

    Ibu bapa sepatutnya menggalakkan murid2 untuk menjadi saintis Islam pada masa depan,seperti Ibnu Sina dll.Mereka belajar Math dan Sains dalam bahasa apa?Bahasa Al-Quran dan bahasa asing bukan?Ada dia orang duk bising pasal bahasa,padahal masa itu buku-buku sains kebanyakkannya dalam Bahasa Latin/Greek.Tetapi,penemuan-penemuan baru dalam bidang sains adalah kerana banyaknya kerja-kerja penterjemahan buku pada peringkat tinggi oleh sarjana ke dalam bahasa Arab.Orang barat mengkaji kitab-kitab arab ini dan menterjemahkan semula dalam bahasa Inggeris.Kita pula sepatutnya menterjemahkan karya asal dalam bahasa Arab itu ke dalam BM,baru jadi karya agung(sarjana2 kita buat apa?).Kalau kita duk baca buku orang putih,bererti kita mengagungkan BI.Macam mana pula buku bahasa Peranchis,Jerman,Jepun,dll.Maju sangat ke orang putih?Banyak sangat ke buku mereka?

    DAn akhir sekali kita nak anak kita jadi apa sebenarnya?

  9. Saya adalah sebahagian daripda ibubapa yang mengambil berat dalam program PPSMI ini. Saya lihat, ada kebaikan daripada program ini tetapi selama 7 tahun PPSMI berjalan, anak-anak saya yang terlibat agak rendah pengetahuannya dalam subjek sains. Anak saya yang dalam Tkn 3 sekarang, walaupun belajar sains dalam bahasa melayu lebih banyak pengetahuannya. Mungkin inilah akibatnya jika pelajar tak faham apa yang guru “cakap” semasa mengajar. Fungkin faktornya ialah kesukaran guru mengajar dan kesukaran murid belajar.

    Saya setuju PPSMI dimansuhkan. Terima kasih saudara adzmin kerana membuka ruang forum ini

  10. Bahasa Melayu telahpun diiktiraf sebagi bahasa ilmu sejak tahn 80an. Waktu itu banyak program telah dilancarkan dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk memantapkan lagi penggunaan Bahasa Melayu termasuklah menguatkuasakan penggunaannya di sktor awam dan sektor swasta. Setelah beberapa lama, Bahasa Melayu kian kukuh dan banyak buku dalam pelbagai bidang ditulis dalam Bahasa Melayu. Banyak universiti di luar negara juga mengadakan Pengajian Bahasa Melayu. Setelah Bahasa Melayu semakin diakui dan diiktiraf sebagai salah satu bahasa penting di peringkat antarabangsa, kerajaan pula melakukan tindakan double standard. Saya amat kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak mengambilkira pandangan umum sebelum melaksanakan dasar PPSMI ini. Saya berharap kerajaan akan mengkaji balik dasar ini untuk kebaikan semua pihak. Jika kerajaan ingin melihat pelajar menguasai Bahasa Inggeris, sepatutnya mata pelajaran Bahasa Inggeris yang dimantapkan.

  11. Saya adalah guru yang melaksanakan dasar PPSMI secara langsung disekolah bermula dari tahun 2003. Sebagai seorang pelaksana, saya melihat keupayaan dan kesanggupan semua guru dan pelajar untuk merealisasikan dasar ini dapat dilaksanakan. Saya mengajar kelas yang menyediakan pelajar-pelajar ke peringkat levih tinggi. 80% daripada pelajar saya adalah pelajar persediaan ke pusat pengajian tinggi dan matrikulasi. Saya melihat selepas 5 tahun dasar ini, kepentensi pelajar semakin dapat dilihat. Adakah ibubapa pasti anak2 tuan puan lebih banyak pennetahun semasa belajar sc math dalam BM ? Berkaitan dengan pelajar sederhana, pada pendapat saya, harapan kita terhadap pelajar dalam kategori ini adalah sebagai pelapis dan sokongan. Kita sedia maklum strata dalam keupayaan pembelajaran murid. Saya sangat setuju dengan pelaksaan dasar ppsmi dan adalah satu kerugian kepada negara jika dasar ini dihapuskan. Pengajaran BI dalam Bilik darjah selepas 30 tahun tidak menunjukkan kualiti bahasa inggeris yang meningkat dalam kalangan guru dan pelajar, namun pelaksanaan dasar ppsmi telah membuka minda, kepentensi dan keupayaan dalam kalangan pelajar dan murid menggunakan Bi secara meluas dan sebagai salah satu bahasa pertututran di sekolah. Pelajar hendaklah berada dalam medium yang betul apabila menggunakan BI sebagai satu kaedah komunikasi. Ibu bapa tidak perlu mengharapkan anak2nya berbahasa Inggeris di hadapan mereka dan dengan mudah menyatakan anak2nya semakin meerosot. Percyalah dengan keupayaan anak-anak kita. Sebagai contoh, bahasa pertuturan saya dan sekeluarga di nrumah adalah bahasa Dusun. namun demikian saya menghantar anak-anak saya bersekolah aliran china. Bagaimana anak-anak ini boleh menguasai bahasa itu ? Ya kerana adanya medium atau persekitran yang sesuai. Demikian juga pelaksanaan dasar PPSMI. Ibu bapa yang dihormati, anak-anak kita sendiripun jika kita tidak didik dengan bahasa ibunda kitapun akhirnya mereka akan lupa dengan bahasa ini..

  12. Demontrasi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP)di Kuala Lumpur kelmarin mencapai sehingga 100 000 orang. Adakah ini sebagai petanda bahawa PPSMI akan dimansuhkan oleh kerajaan pada akhirnya.

  13. ppsmi ni sebenarnya baik tapi sya x lah bersetuju jika mt dan sains di ajar dalam bi….sepatutnya subjek bi itu yang dibaiki…kalau murid tidak faham konsep mate apalah gunanya juga diajar dlm bi…..dalam bm pun x faham apatah lagi bi….lagipun ppsmi ni menyusahkan guru…..balik2 nak kursus…tapi tak dapat apa2 pun….setakat kursus saja takkan ke mana…balik balik exam….balik balik exam ntah apa2…..tugas guru bkan stakat mengajar aja….kalau nak ikut lagi kursus2 ni….boleh stress tau….itulah ramai guru yang jadi GILA…..bisp tu tak payah bagi pun takpe…..lebih ikhlas mengajar daripada ambi duit bisp tu tapi pura – pura mengajar dalam bi…..bila tak di observb oleh gb or pk or nazir…di class cakap juga melayu tapi bila nak di observb nah di sanalah terkeluar segala lakonan….tiba tiba pandai bi….lagipun kalau betul nak 100% ajar mt n sn guna bi napa soalan upsr dibuat pla dalam dwibahasa?….kalau macamtu guru pun bleh lah pilih nak ajar mt n sn dlam bi atau bm kan ?….dah soalan dwibahasa so mengajar pun pilihlah nak full bi or full bm or mix lah…tambah rosak bahasa…..

  14. Akhirnya terjawab.. Selepas 7 tahun perlaksanaan PPSMI di sekolah-sekolah, akhirnya kerajaan menggantikan dasar itu kepada MBMMBI yang akan bertukar secara “soft landing” bagi mengelakkan berlakunya kejutan yang besar kepada para pelajar. Perubahan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 dan pada 5 Ogos 2009, Jemaah Menteri meluluskan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai Tahun 2010 hingga 2015 sebelum P&P bagi kedua-dua mata pelajaran ini dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa malaysia pada tahun 2016. Tentulah dengan perubahan ini memerlukan peranan lebih penting dalam kalangan guru dan pentadbir sekolah. Perubahan ini sudah pasti memberikan kelegaan baik kepada pelajar dan juga guru. http://pkgranau.edublogs.org

  15. Bolehkah kita mempelajari nahu Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu menerusi pengajaran subjek Sains dan Matematik. Adakah memadai mempelajari suatu bahasa hanya di sekolah, iaitu suatu pembelajaran terhenti atau tidak berterusan hingga ke tua? Ikuti pandangan YM. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid di YouTube (klik di sini)

    Yang mana kita perlukan Resolusi Bahasa atau Revolusi Bahasa? Revolusi Bahasa adalah satu ideologi, cadangan dan juga desakan oleh seorang bekas hakim bernama Mokhtar Hj. Mansor menerusi suratnya kepada PM dan menteri-menteri sekitar tahun 1990 yang mendesak supaya pelajaran subjek Sains dan Matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Dakwaannya bahawa pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dapat melonjakkan prestasi pelajar dalam kedua-dua subjek ini mula mendapat perhatian umum terutama menteri-menteri menerusi bukunya “Revolusi Bahasa Bahasa Revolusi” (Utusan Malaysia 17 hb Julai 1991).

    Sedikit mengenai pembohongan Mokhtar Hj Mansor, sila layari blog ini : http://mokhtarmansor.blogspot.com/.

  16. This is the best technique to be followed, I must say that really being here and not using this will really be silly. Will you please reply with more information here? I think you have a good response and it will definitely help a lot. As this forum has really been a good platform for us all, contributing to this will really be healthy for our and your business as well. We all are waiting for a good informative response. Thanks a lot for this, waiting for more

  17. I have read your article, I think this is very good! Simple language, concise blog! Another kind of style! I like! This looks so cute! I really want to see this. I miss Alexis Bldel, I was a huge GG fan and loved her in the Sisterhood movies too. Hopefully she’ll continue to act in more movies after this one.

  18. Your webpage is so wonderful, and can i buy some ad from you web site? If so, just email me and tell me the ad type and charge? Thanks so considerably.Our Ob Sneakers store offers you all kinds of shoes like Air Max TN and Nike Shox NZ with high quality and competitive price.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *