KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan membantu guru untuk memperbaiki amalan P&P dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan satu-satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi satu-satu masalah dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu pelajar menguasai kemahiran yang paling asas.  

 

Perbezaan tahap penguasaan dan aras kebolehan pelajar menyebabkan guru agak sukar untuk menyampaikan pengajaran berasaskan “hanya satu kaedah” bahkan guru terpaksa menjalankan beberapa aktiviti selari mengikut kumpulan. Keadaan ini menyebabkan guru terpaksa menanggung kerja yang lebih banyak untuk menyediakan bahan bantu mengajar. 

 

Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakautabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran dengan sebaik mungkin. 

 

Bagi tujuan latihan penghasilan kajian tindakan, BTPN Sabah sentiasa mengadakan Kursus Kajian Tindakan dan menubuhkan Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS). Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) yang telah ditubuhkan sejak tahun 2003, kini mempunyai lebih daripada 200 orang pengkaji yang telah dilatih dan sebahagian daripada mereka telahpun menghasilkan kajian amalan bilik darjah dan hasil inovasi masing-masing. Pada setiap tahun pihak BTPN Sabah akan mengadakan konvensyen inovasi untuk memberikan peluang kepada guru-guru membentangkan hasil inovasi dan kajian mereka sebelum diterbitkan ke dalam jurnal. Kajian dan hasil inovasi yang dikenalpasti boleh dikongsikan kepada sekolah lain akan diperkenalkan. 

 

Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak semua jurulatih kajian tindakan dan inovasi mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru yang bakal dinobatkan sebagai salah seorang guru kreatif dan inovatif. Justeru, guru kreatif dan inovatif juga bakal dicalonkan sebagai guru pakar pada masa akan datang. 

 

Untuk menjadi Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah, calon atau guru atau bakal pengkaji tersebut haruslah menjadi ahli pasukan kajian tindakan daerah dahulu dengan memohon kepada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru (PKG) di daerah masing-masing. Borang khas perlu diisikan dan seterusnya calon akan diberikan bengkel khas sebagai panduan untuk melaksanakan kajian dan membina bahan inovasi pada masa akan datang.

  

Di antara Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) pada masa ini ialah:-

 

1. En. Jackson Siga (Penolong Pengarah BTPN Sabah – Jurulatih)

2. Pn. Elsie Lee (PTP BTPN Sabah – Jurulatih)

3. En. Losinin Johalin (PTP PKG Ranau – Jurulatih)

4. En. Azmy Hj. Ahmad ( PTP PKG Sandakan – Jurulatih)

 

Guru-guru yang berminat untuk menjadi ahli pasukan kajian bolehlah berhubung dengan pegawai yang terdekat dengan anda..

 

Pautan-pautan berkaitan kajian tindakan dalam blog ini:-

 

 

1. Liputan Program Kajian Tindakan

Klik https://ilmu.edublogs.org/category/program-kajian-tindakan/

 

2. Contoh Kertas Cadangan atau Proposal Kajian Tindakan Inovasi

 

Klik https://ilmu.edublogs.org/category/kertas-cadangan-kajian-tindakan/

 

3. Contoh Laporan Kajian Tindakan Inovasi

 

Klik https://ilmu.edublogs.org/category/laporan-kajian-tindakan-inovasi/

 

4. Contoh Laporan Kajian Tindakan Konvesional

 

Klik https://ilmu.edublogs.org/category/laporan-kajian-tindakan-konvesional/

 

 

AMARAN : SILA JADIKAN BAHAN DI SINI UNTUK PANDUAN. DILARANG MELAKUKAN PLAGIAT.

 

Terima Kasih.

 

4 thoughts on “KAJIAN TINDAKAN

  1. Pingback: Edu4U » Blog Archive » Bahan Inovasi – PIRAMID JAWI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *