Contoh Laporan Kajian Tindakan (2)

Meningkatkan Penggunaan Perpustakaan PKG Ranau

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengukur sejauhmana kekerapan penggunaan perpustakaan di PKG Bandar Pontian. Kajian ini dilakukan ke atas 10 orang guru setiap sekolah ahli PKG Pontian. Proses Kajian ini dijalankan sepanjang bulan Julai mulai 3 Julai 2007 dengan mengambil kira penilaian daripada soal selidik serta pemprosesan data-data analisis.

1. Pengenalan
1.1. Latar Belakang Kajian
PKG Bandar Pontian menggunakan bekas bangunan PPD Pontian yang terletak di No 1032, Jalan UMNO, 82000 Pontian, Johor. PKG Bandar Pontian mempunyai seramai 3 orang staf dan ahli seramai 27 sekolah. PKG ini merupakan salah sebuah PKG yang menumpang bangunan PPD Pontian, yang mana ruang perpustakaannya amat sempit dan terhad. Koleksi bahan(buku) amat berkurangan dan kebanyakannya adalah koleksi lama.

1.2. Refleksi Masalah/Penyataan Masalah
Berdasarkan hasil dapatan dari rekod penggunaan di perpustakaan ini dan soal selidik serta temu bual yan dijalankan didapati :
1. Guru kurang berminat menggunakan perpustakaan PKG Pontian sebagai tempat rujukan
2. Bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian yang kurang dan ketinggalan zaman
3. Kemudahan dan keselesaan bilik perpustakaan PKG Pontian yang kurang memuaskan dari segi kelengkapan penghawa dingin, meja kerusi dan sebagainya
4. Kurang kesedaran dari kalangan guru-guru sekolah ahli tentang kewujudan perpustakaan PKG Bandar Pontian
5. Promosi yang kurang dari kalangan warga pegawai teknologi pendidikan PKG Pontian sendiri tentang keberkesanan dalam menggunakan perpustakaan PKG Pontian
6. Kemudahan pinjaman dan sistem pencarian i-katalog yang masih lemah menjadikan perpustakan PKG Pontian kurang memberi minat kepada guru-guru sekolah ahli PKG Pontian

2. Objektif Kajian
2.1. Objektif Am
Menjadikan perpustakaan PKG Pontian salah sebuah perpustakaan yang diguna pakai sebagai rujukan oleh semua guru-guru sekolah ahli sebagai contoh di peringkat daerah

2.3. Objektif Khusus
1. Meningkatkan minat guru untuk mendapatkan rujukan di perpustakaan PKG Pontian
2. Melengkapkan bahan dan koleksi di perpustakaan PKG Pontian dengan bahan rujukan terkini
3. Penambahbaikan kemudahan infrastruktur perpustakaan PKG Pontian
4. Mengubah perpepsi di kalangan guru sekolah ahli tentang kelebihan dan keberkesanan perpustakaan PKG Pontian
5. Mempromosikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan kepada guru-guru ahli PKG Pontian
6. Membantu guru sekolah ahli mendapatkan bahan rujukan yang lebih efektif
Bagi Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pontian, mengharapkan penggunaan perpustakaan PKG Pontian lebih menarik, menyeronokkan dan lebih berkesan. Sekaligus meningkatkan motivasi yang tinggi untuk menjadikan perpustakaan PKG Pontian sebagai pusat rujukan berpusat.

3. Fokus Kajian
3.1. Rekabentuk Kajian
Ini adalah satu kajian kes yang dilakukan untuk menarik minat guru-guru ahli PKG Bandar Pontian menggunakan perpustakaan semaksimum mungkin di PKG Bandar Pontian. Teknik yang digunakan untuk mengumpul data melalui temubual, soal selidik dan rekod penggunaan perpustakaan PKG.

3.2. Persampelan
10 orang guru dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian dijadikan sebagai sampel kajian.

4. Instrumen Kajian
4.1. Temubual Bersemuka
10 orang dari setiap sekolah ahli PKG Bandar Pontian telah ditemubual secara mendalam berdasarkan soalan yang berkaitan dengan pengunaan perputakaan di PKG Banar Pontian. Temubual ini dijalankan secara informal untuk mendapatkan hasil yang sahih.

4.2. Soal Selidik
Soal selidik dilakukan kepada guru-guru mengikut skala likert.(Rujuk Lampiran).

4.3. Rekod Pengunaan dan Pinjaman
Berdasarkan kepada analisa yang dibuat kepada rekod penggunaan dan pinjaman, kami mendapati perpustakaan PKG Bandar Pontian kurang mendapat sambutan.

5. Analisa Data Kajian
5.1. Berdasarkan maklumat yang dikumpul guru-guru kurang mengunjungi perpustakaan untuk mendapatkan bahan rujukan dan maklumat, untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.
5.2. Hasil temubual yang diadakan secara informal didapati guru-guru tidak mengetahui fungsi sebenar PKG dan mempunyai perpustakaan yang boleh mereka gunakan untuk mendapatkan maklumat pada bila-bila masa.
5.3. Koleksi yang terdapat di perpustakan PKG adalah dari terbitan lama dan kurang sesuai dengan keperluan masa kini.
5.4. Wujudnya pusat rujukan seperti perpustakaan desa dan siber cafe yang selesa dan memudahkan mereka mencari maklumat yang terkini.

6. Perlaksanaan Tindakan
6.1. Mempromosikan perpustakaan PKG sebagai pusat rujukkan untuk warga pendidik membuat rujukan.
6.2. Menambahbaikan perkidmatan perpustakan untuk memberi keselesaan kepada para pengunjung.
6.3. Mempelbagai dan memperbanyakkan bahan-bahan rujukan yang bermutu dan terkini untuk memenuhi keperluan semasa.
6.4. Memudahkan urusan peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan PKG.
6.5. Mewujudkan pencarian maklumat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka dan agensi-agensi yang berkaitan.

7. Refleksi Tindakan
Rumusan yang boleh dibuat oleh penyelidik :
7.1. Kajian yang dilaksanaan dapat menarik minat guru-guru ke perpustakaan PKG untuk mendapatkan bahan rujukan
7.2. Dengan memperbagaikan bahan-bahan bacaan yang terkini dan lebih memfokuskan ke bidang pendidikan, guru-guru lebih tertarik ke perpustakaan dan tidak perlu ke tempat lain.
7.3. Peminjaman dan pemulangan buku yang dipermudahkan dapat meningkatkan jumlah peminjan di perpustakaan PKG.
7.4. Guru-guru lebih berminat dengan pencarian maklumat secara “online” dengan lebih cepat dan mudah.

LAMPIRAN

SOAL SELIDIK JENIS LIKERT

Arahan : Bulatkan nombor yang paling sesuai bagi menandakan tahap persetujuan anda mengikut skala berikut pada borang jawapan soal selidik yang dilampirkan

Skala :
1 – Sangat tidak setuju 2 -Tidak setuju 3 – Setuju 4 – Sangat setuju

BIL ITEM PENILAIAN
1 Perpustakaan PKG Pontian memudahkan anda mencari bahan 1 2 3 4
2 Bahan rujukan di perpustakaan PKG Pontian sesuai digunakan oleh guru-guru 1 2 3 4
3 Masa dari jam 8 pagi hingga 5 petang merupakan masa yang sesuai perpustakaan PKG Pontian dikunjungi oleh guru-guru 1 2 3 4
4 Perkhidmatan perpustakaan PKG Pontian amat selesa digunakan 1 2 3 4
5 Bahan – bahan di perpustakaan PKG Pontian amat mencukupi dan berguna 1 2 3 4
6 Bahan – bahan dan rujukan yang dicari mudah dijumpai 1 2 3 4
7 Perpustakaan di PKG Pontian sangat terkenal di Daerah Pontian 1 2 3 4

Lampiran
Contoh Soalan Untuk Guru.

1. Berapa kerapkah anda mengunjungi perpustakaan?
2. Adakah anda mengetahui PKG mempunyai perpustakaan?
3. Di manakah PKG Bandar Pontian?
4. Apakah tujuan anda mengunjungi perpustakaan?
5. Sudah berapa lamakah anda mengenali PKG Bandar Pontian?
6. Biasanya anda mencari bahan rujukan di perpustakaan mana?
7. Apakah jenis bahan rujukan yang anda cari sebelum ini?
8. Siapakah Pegawai Teknologi Pendidikan yang anda kenal di PKG Bandar Pontian?
9. Berapa lamakah masa yang diperlukan semasa anda di perpustakaan untuk mencari bahan rujukan?
10. Biasanya anda merujuk bahan dari perpustakaan dengan meminjam bahan tersebut atau sekadar membaca di perputakaan sahaja?

7 thoughts on “Contoh Laporan Kajian Tindakan (2)

  1. It’s so lucky for me to find your blog! So shocking and great! Just one suggestion: It will be better and easier to follow if your blog can offer rrs subscription service

  2. Saya orang baru dalam men.gendalikan pss. boleh tolong emailkan contoh borang kajian tindakan 2 kepada saya.tq

  3. Saya bersyukur jumpa blog anda. saya berminat dengan tindakan 2 anda sebagai panduan dalam pengendalian PSS sekolah saya. Yalah saya masih baru dalam bidang ini.
    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *