Roadshow Kampus ASTRO Di Daerah Ranau

Pihak Kampus ASTRO telah mengadakan roadshow ke 2 buah sekolah di daerah ini bagi mendedahkan program-program pendidikan melalui saluran-saluran tertentu di dalam siaran ASTRO. Sekolah tersebut ialah SK. St. Benedict pada 23 Februari 2010 dan SMK. dato Paduka Mat Salleh, Ranau pada 24 Februari 2010. Program yang berjalan dari pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang itu telah memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi dunia pendidikan melalui saluran Kampus ASTRO. Di daerah ini, Kampus ASTRO telah bermula sejak tahun 2009 dengan siapnya pemasangan set Kampus ASTRO di Pusat Kegiatan Guru Ranau dan 3 buah sekolah iaitu SK. Pekan 2, SJK Pai wen dan SMK Kundasang. Siaran kampus ASTRO telah memberikan manafaat dan kemudahan pendidikan tanpa sempadan kerana siaran TV Pendidikan tersebut boleh diterima di kawasan luar bandar dan pedalaman.

kampus atro1 kampus atro2 kampus atro3kampus atro4 kampus atro5 kampus atro6kampus atro7 kampus atro8 kampus atro9kampus atro10 kampus atro11 kampus atro12kampus atro13 kampus atro14 kampus atro15kampus atro16 kampus atro17 Kampus astro18

KAMPUS ASTRO- Konsep 3R TV Pendidikan Era Baru

Kampus ASTRO 3 Kampus ASTRO 2 kampus ASTRO 1

Kota Kinabalu, 23 & 24 Februari 2003- Taklimat Kampus ASTRO kepada Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Negeri Sabah dan Labuan serta Guru Perpustakaan dan Media / GPSS bagi sekolah yang terlibat telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan konsep Kampus ASTRO. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada ASTRO Kuala Lumpur dan Sabah yang diketuai oleh Puan Aini Suraya, Pengurus Projek Kampus ASTRO.

Kampus ASTRO memiliki ciri-ciri yang lebih mesra pengguna dan mudah digunakan oleh guru-guru di sekolah. Salah satu daripada ciri-cirinya ialah kebolehan rakaman secara terus menggunakan DMG (Digital Multimedia Gateway) selama 80 jam dan sistem playback yang mudah. Kemudahan ini akan membolehkan guru-guru memilih rancangan pada bila-bila masa dan digunakan pada bila-bila masa tanpa risau ketinggalan rancangan pilihan mereka sendiri.

Projek rintis Kampus ASTRO ini melibatkan 53 buah PKG Sabah, Sarawak dan Labuan serta 128 buah sekolah. Pemasangan set dijangka akan bermula pada bulan Mac 2009. Dalam projek ini, pihak ASTRO bersetuju menerbitkan 12 saluran yang berbentuk pendidikan dan informasi. Saluran-salurannya ialah TV1, TV2, Astro Ceria, Astro Awani, Animal Planet, National Geographic, Disney, History, TVIQ, Discovery Science, BERNAMA dan Discovery Channel.

Pemasangan komponen di sekolah-sekolah, PKG, PTPB dan BTPN akan berlanjutan sehingga 3 fasa di antara 2009-2011 yang melibatkan 10 192 premis di seluruh Malaysia. Jika dibandingkan dengan TV Pendidikan Melalui ASTRO Kementerian Pendidikan Malaysia yang lalu, Kampus ASTRO memiliki lebih banyak kelebihan dan keistimewaannya. Konsep 3R kampus Astro TV Pendidikan era baru ini memperkenalkan teknik “Rancang – Rakam – Reka” membantu guru memperkenalkan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.