Memperkasakan BTPN Sabah dan Rangkaian: Mandat Baru KPP BTPN Sabah

Ketua Penolong Pengarah, BTPN Sabah yang baru, Puan Hajah Junaidah binti Yusuppu memulakan Tahun 2010 dengan  sebuah harapan yang tinggi untuk melihat BTPN Sabah serta rangkaiannya di seluruh PTPB dan PKG mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatannya kepada stakeholder. Mempengerusikan Majlis Mesyuarat Pengurusan BTPN Sabah/PTPB/PKG Bil 1, 2010 beliau merumuskan peranan yang besar perlu dijalankan oleh organisasi ini sesuai dengan fungsi BTP sebagai Peneraju Tranformasi Generasi Bestari Melalui Amalan Teknologi Pendidikan.  Beliau menyeru kepada semua warga BTPN Sabah agar mengorak langkah dalam barisan yang kukuh untuk mencapai sasaran bersama. Majlis Mesyuarat Pengurusan BTPN/PTPB/PKG Bil. 1, 2010 ini telah berlangsung pada 5 -8 April 2010 di BTPN Sabah. Turut diadakan sempena mesyuarat ini ialah Perhimpunan Bulanan Bil 1, 2010 yang berlangsung penuh harmoni dan bermakna apabila 15 orang pegawai dalam rangkaian yang lahir dalam bulan Januari, Februari dan Mac diraikan dalam acara memotong kek dan penyampaian cenderamata. Turut diraikan ialah Majlis persaraan Encik Gais bin Melan yang telah bersara dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan baru-baru ini. Hadir dalam mesyuarat ini ialah Y.Bhg KPP BTPN Sabah, semua Ketua Unit, Semua PTP PTPB dan PKG Negeri Sabah.

DSC_0142 DSC_0147 DSC_0153 DSC_0148 DSC_0149 DSC_0137 DSC_0136 DSC_0141 DSC_0135

Jamuan Akhir Tahun dan Taklimat Pelan Integriti Nasional

Jamuan akhir tahun dan Taklimat Pelan Integriti Nasional (PIN) oleh Puan Hjh Junaidah Yusuppu, Ketua Pengarah Pengarah BTPN Sabah kepada semua warga BTPN dan rangkaian telah diadakan di perkarangan BTPN Sabah pada 17 Disember 2009, Pukul 7.30 Petang. Sebelum majlis tersebut dimulakan, satu majlis membaca surah yasin serta doa akhir tahun dan awal tahun 1431 Hijrah telah diadakan. Seramai kira-kira 150 orang telah hadir dalam majlis ini. majlis diserikan lagi dengan cabutan tiket bertuah dan acara nyanyian di kalangan hadirin.

jamuan2 jamuan1 jamuan3 jamuan4 jamuan5 jamuan6 jamuan7 jamuan8 jamuan9 jamuan10 jamuan11 jamuan12 jamuan13 jamuan14 jamuan15 jamuan16 jamuan17 jamuan18

Perhimpunan Bulanan BTPN Sabah

Perhimpunan Bulanan yang terakhir bagi Tahun 2009 telah berlangsung pada 17 Disember 2009, pada pukul 2.00 petang. bertempat di Bilik Orkid BTPN Sabah. Perhimpunan kali ini telah dihadiri oleh seluruh warga BTPN dan rangkaiannya di PTPB dan PKG Sabah. Perhimpunan bulanan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu perkhidmatan awam dan lagu BTP. Selepas itu bacaan ikrar, ucapan pengerusi penganjur, ucaptama Pn. Ajanah Mohamed (Menjalankan tugas KPP) dan seterusnya penyampaian hadiah harijadi. Dalam ucaptama, Pn Ajanah yang telah menjalankan tugas KPP selama 6 bulan merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak.

. . . . . . . . . . . . . . . 

Gambar: Ihsan daripada En. Awang Matasan Awang Mamut