Assalamualaikum wtb dan salam sejahtera. Lama tak berkunjung ke blog ni. Maklumlah bila dalam kesibukan ini, mood untuk menulis terjejas. Bukan kerana tidak ada isu tetapi susah untuk mencari masa yang sesuai untuk berada di hadapan laptop. Al kisah.. Tahun 2014 banyak membawa perubahan kepada kerjaya saya. Selain baru selesai continue study, saya juga ditukarkan pula ke pejabat baru. Bukan sebatu dua tapi beribu-ribu batu. Betullah kata orang ada masanya musim baru akan tiba jua terutamanya perkhidmatan kita sebagai orang yang diamanahkan untuk memegang satu jawatan dalam kerjaya yang kita ceburi. Sejak musim lampau berlalu, saya terpaksa belajar benda yang baru untuk meningkatkan lagi tahap kompetensi. Belajar amalan terbaik dalam organisasi dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Dulu saya belajar tentang pengurusan pendidikan dan mengetahui ada banyak isu-isu teoritikal dan skeptikal. Bila kita terlibat dalam pengurusan organisasi secara langsung, barulah kita tahu keadaan sebenar. Musim baru yang telah bermula membuatkan saya jadi lambat untuk bergerak dan bekerja. Banyak menunggu arahan. Berbeza di tempat lama. Saya menjadi master mind dan menggerakkan semua jentera pentadbiran. Ini pun baru hendak belajar tugas baru. Belum dapat sentuhan yang sebenar lagi. Apa pun saya berharap agar cepat menguasai bidang baru yang lebih mencabar demi kemajuan diri dan stakeholder semuanya.
Category Archives: Tugas..tugas!
Mandi Salji di Kuala Lumpur..
Tak pernah saya merasa sejuk di Kuala Lumpur (kecuali dalam aircond la)….. Lebih-lebih lagi sekarang. Panas kering + angin panas yang begitu cepat menghidrasi badan dan peluh. Tambah-tambah lagi puasa dan kurang minum air. Rasa haus tak dapat bayangkan macam mana.
Lain pula halnya petang kelmarin. Di tengah panas terik, sempat juga mandi salji. 🙂 sesuatu yang tak disangka. Peristiwa berlaku di Masjid SP. Sewaktu kemuncak rasa dahaga, saya dan beberapa orang kawan ditugaskan untuk khidmat ta’am (menyediakan makanan).. Saya ambik bahagian yang paling mencabar iaitu menyediakan minuman sejuk. haha…mcm nak meletup puasa nampak ais batu yang sejuk dan warna minuman sirap bandung pink.
Waktu mengendalikan kerja menyediakan minuman dalam 40 jag air bersama kawan, saya cuba membuat kerja cepat sikit dari biasa kerana masa berbuka puasa dah dekat. Agak terburu-buru hingga terlari-lari ke sana ke mari mengambil dan menyediakan bahan. 🙂 dah biasa kerja express ni…. Keadaan tak begitu selesa. Bukan saja lantai licin tapi juga tak pakai selipar. Masa menghantar 2 jag air sirap yang sarat dengan air dan air batu…. “Argghhh bdukkkk!!! tergelincir.. apa lagi, 2 jag air di tangan menyimbah dada.. huhhhh sejuknya…. mula-mula rasa kesal tapi bertukar jadi syok pula… hehehe. SEGAR TERASA!! “Malangnya” tak terminum… hehe.. nak yang free sebab istilah tak sengaja… baju putih saya menjadi warna kemerahan. Kerana basah, warna pink dan manis di badan, saya terus mandi. Dah tak selesa…. Bingung tapi terpaksa… 🙂 Begitulah…Allah tunaikan hasrat saya untuk mandi salji setelah beberapa hari rasa bahang di Kuala Lumpur… huhu
Bercuti Untuk Merehatkan Fikiran
Banyaknya kerja di pejabat. Kalau dikira memang tak pernah habis. Selesai satu perkara, yang baru datang lagi. Begitulah lumrah sebagai seorang kaki tangan dalam satu-satu bidang pekerjaan. Baik di sektor awam atau sektor swasta. Pagi ni saya masuk pejabat seperti biasa akan memeriksa email rasmi jabatan. Nampaknya ada satu atau dua perkara ad-hoc yang kena buat secepat mungkin. Kerja semalam masih ada yang tidak selesai lagi. Minggu lepas pihak atasan memantau pejabat saya dan ada satu deret catatan tindakan susulan yang perlu diselesaikan juga. Huhu…seperti yang saya katakan tadi, kerja memang tak akan habis. Bertambah banyak ya..mungkin. Lebih-lebih lagi kalau suka bertangguh. Jadi, bukan saja kerja-kerja tu kena cepat-cepat buat tetapi juga mesti mempastikan kualitinya.
Pun begitu… dalam kesibukan yang memang berpanjangan, rehat adalah perlu. Bercutilah dan berehatlah. Bila kepala terasa berat pasti tak boleh buat kerja. Kalau jatuh sakit (selalu migrainlah..) kita juga yang akan susah. Kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh pembantu tadbir boleh diberikan terutamanya tindakan ‘urgent’… Berkaitan dengan cuti rehat ini, ia termaktub di dalam Perintah Am Bab C bagi kaki tangan awam dan boleh diambil apabila seseorang pegawai apabila perlu.
Cuti-cuti ni bagi saya boleh dimanafaatkan dengan berbagai cara. Antaranya rehat di rumah bersama keluarga, pulang kampung, melawat satu tempat yang menarik, berkelah, membeli belah, berkebun dan sebagainya. Ini akan membantu menurunkan kesan tekanan di tempat kerja dan menstabilkan kadar tekanan darah, jantung, emosi dan sakit kepala.
Cuma persoalannya betulkah cuti yang diambil untuk menghilangkan kesan-kesan negatif di atas benar-benar dimanafaatkan. Satu kajian yang telah dilakukan mendapati 20% daripada responden tidak dapat memanafaatkan sepenuhnya cuti rehat dan tidak berjaya menghilangkan kesan tekanan di tempat kerja. Antara sebabnya ialah disebabkan oleh pemilihan aktiviti pengisian cuti rehat yang diambil adalah tidak sesuai!. Justeru itu…marilah kita fikir-fikirkan.. 🙂