Bengkel Sistem Pengurusan SPS Daerah Kuala penyu

Saya berkesempatan bersama dengan Guru-Guru Data dan GPK Daerah Kuala Penyu selama 2 hari membuat hand’s on Sistem Pengurusan SPS. Sepanjang bengken ini pelbagai masalah telah dapat diatasi di samping telah membantu peserta menambahkan kemahiran mereka memasukkan data dan mengesan punca masalah. Bengkel yang telah berlangsung selama 2 hari ini telah bermula pada 13 Nov 2013  dan berakhir pada hari keesokannya. Turut serta dalam bengkel ini untuk membantu para peserta ialah Puan Nooriah Salim dari PKG Papar.

Posted in SPS.

Sistem Pengurusan Sekolah Daerah Kudat

24 dan 25 Oktober  2013 telah berlangsung Bengkel Sistem Pengurusan Sekolah Daerah Kudat. Saya sempat bersama-sama dengan 68 orang Guru Data untuk melaksana Hand’s On SPS Daerah Kudat. Terima kasih kepada pihak pengurusan PKG Kudat kerana telah menjemput saya untuk melaksanakan bengkel ini. Dalam masa 2 hari, alhamdulillah 68 buah sekolah telah mengaktifkan SPS dan telah mengisi sehingga 13 modul. Harap dapat diteruskan pada masa akan datang.