SK Longut, Ranau – Sekolah Pedalaman Yang Berpotensi Menjadi Lebih Cemerlang

Pada 3 Mei 2010, saya berkesempatan melawat dan memberikan khidmat bantu kepada SK. Longut. Sekolah pedalaman yang terletak 70 km dari pekan Ranau (mengikut jarak JKR). Saya mengambil masa kira-kira 1 jam untuk sampai ke sekolah ini melalui jalan alternatif..  First time ke sekolah ini… Sebuah rumah guru yang terdiri dari 2 unit pintu dan tidak diduduki telah dijadikan sebagai bilik P&P dan pentadbiran.  1 bilik darjah dan 1 bilik guru. Bangunan sekolah lama agak dhaif dan kurang sesuai dijadikan bilik darjah.. Saya bertemu langsung dengan Guru Besar sekolah, Sidek Kampadong yang baru sahaja 4 bulan bertugas di sini dan memberikan penerangan  tentang program sekolah. Di antara program yang dijalankan ialah penggunaan Pembelajaran Asas Kendiri berasaskan web dan program Nyah Masalah LINUS yang telah berjaya mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas di kalangan pelajar Tahap 1 terutamanya Tahun 1. Tahniah kepada warga SK. longut Ranau….

03052010(015) 03052010(014) 03052010(013)03052010(011) 03052010(010) 03052010(009)03052010(001) 03052010(002) 03052010(007)