Mencatat Sejarah Yang Tersendiri…

Minggu lalu saya telah terlibat dalam  lawatan penanda aras ke beberapa organisasi tertinggi kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia. Destinasi kami di Institut Aminuddin Baki Genting Highland (7 & 8 Oktober), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (9 Okt), Bahagian Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia (9 Okt), Bahagian Teknologi Pendidikan Bukit Kiara (10 okt), Sekolah Berprestasi Tinggi SK Bukit Damansara Kuala Lumpur (10 Okt), Pusat Sains Negara (10 Okt) dan menjadi pemerhati dalam persidangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat (11 Okt).

Lawatan bersejarah bagi diri saya ini telah bermula pada 7 Oktober hingga 12 Oktober 2012. Lawatan penanda aras ini telah disertai oleh 33 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang datang dari seluruh negara (Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia). Pengarah program ini adalah saya sendiri, alhamdulillah.. ini adalah satu pengalaman yang amat berharga.

Lawatan ini mensasarkan kepada penglibatan peserta dalam membincangkan isu-isu makro dan isu-isu mikro yang berkaitan dengan organisasi yang dilawat. Di samping itu juga dapat menjalinkan silaturrahim serta semangat kerjasama di antara pegawai di bahagian KPM dengan pegawai yang berkhidmat di jabatan pelajaran dan sekolah. Pelbagai isu pendidikan telah berjaya dibincangkan dalam pertemuan dua hala ini dan secara langsung telah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para peserta lawatan.

Hari khamis 11 Oktober 2012, rombongan kami telah diberi peluang untuk menjadi pemerhati dalam persidangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat selama lebih kurang sejam sebelum melakukan kunjungan hormat kepada YB Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Dato Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia. Kehadiran kami sebagai pemerhati di Dewan Rakyat telah diumumkan oleh YB Dr Hj Salleh bin Hj Kalbi, Ahli Parlimen P188 Silam sebelum beliau mengutarakan soalan lisan kepada YB Datuk Dr. Abdul Latif Bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan. Beliau juga telah meraikan kami dalam satu  jamuan tengahari dan menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Koleksi gambar semasa lawatan:

1. Lawatan Ke Parlimen

 Menjadi Speaker Dewan Rakyat Olok-Olok.. Persidangan Olok-olok1 Persidangan Olok-olok Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Mengetuai Delegasi  Menerima Cenderahati dpd YB Speaker Menyampaikan Cenderahati kpd YB Speaker Bergambar bersama dengan YB Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dato Sri Utama Pandikar Amin bin Hj Mulia dan YB Dr Salleh Kalbi AP Silam  Bersama YB Speaker dan YB Dr Salleh

2. Institut Aminuddin Baki Genting Highland / SBT / BTP / BPSM/AKAUN (KPM)

Menyampaikan Cenderahati Kepada IAB Kenangan di PSP IAB  Bergambar Bersama IAB dan Peserta Lawatan Sesi Kolaborasi.. Sesi Percambahan Ilmu Bersama SKBD Menyampaikan Cenderakenangan Kepada GB SKBD Bergambar dengan Guru Besar SK Bukit Damansara Dalam Bilik Studio TV BTP Menyampaikan Cenderakenangan Kepada Wakil BTP Beramai-ramai Depan Kamera di BTP Ucapan terima kasih kepada Ketua Penolong Setiausaha BPSM Cenderamata kepada BPSM Gambar ramai2 di hadapan ruang menunggu BPSM Di Menara IAB Genting Highland Selepas Sesi Bersama Bhg Akaun KPM.. Bergambar Di Hadapan Parcel E8 Putrajaya