Travelog Cameron Di Hujung Oktober

Hampir dua tahun saya bekerja di KL. Selama dua tahun, saya tidak banyak pun berjalan atau melawat tempat-tempat menarik.  Rugikan.. Zoo Negara dan Muzium Negara pun saya belum pernah sampai. hairan kan…:-) :-). Nasib baik Pusat Sains Negara dan Tugu Negara terletak berdekatan dengan laluan saya ke tempat kerja. Jadi, sempatlah saya masuk melihat-lihat tempat yang sering disebut-sebutkan itu. Itupun kerana kadang-kadang cari bilik air…:-) 😀

Baru-baru ini saya mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Cameron Highland. Tujuannya adalah untuk mencari kesegaran lebih-lebih lagi sekarang kan ibu kota menghadapi jerebu yang sangat teruk dan cuaca panas yang melampau. Agak-agak dalam 36 darjah celcius. Panas bagai membakar kulit. hi hi. Kali terakhir saya ke Cameron ialah pada tahun 1990. Waktu itu saya sedang study di Ipoh, Perak. Dalam hati, saya membuat satu kesimpulan Cameron Highland sudah tentu banyak berubah. Yalah..sudah bertahun-tahun lamanya, kan..

Segala persiapan saya buat awal. Sedia beg besar bagai bercuti selama seminggu. Padahal hanya 2 hari saja iaitu sabtu dan ahad. Hi hi.. Saya bertanya kepada kawan sepejabat, laluan mana yang paling dekat untuk ke Cameron highland. Dia bagitau ikut Simpang Pulai. Setahu saya hanya ada satu jalan iaitu ikut Tapah yang bengkang bengok bagai ular kena batang bamboo tu..

Bila tiba masanya saya bertolak awal pagi. Bawa kereta pacuan 4 roda. Mana la tau ada jalan yang susah hendak dilalui kan. So, Taklah risau sangat. Perjalanan selama 3 jam baru sampai R&R Tapah. Berhenti sekejap menjamah makanan. Terlupa sarapan sebab excited sangat memulakan perjalanan tadi. Pusing-pusing memilih makanan. Berbaris panjang. Tunggu giliran. Baris dalam 20 minit. Lapar tidak terkata. Tambah lagi tercium bau masakan ayam goring berempah. Seksa… haha. Perkara yang tidak dapat dilupakan, sudah la bebaris 20 minit, makanan pilihan seperti dalam senarai menu sudah Sold Out.. (Boleh sold out pula). Lari pergi ke kedai lain dengan hati yang kurang puashati. Sabar je la…, berbaris lagi. 20 minit juga menunggu. Order Mee Sup je la. Alamak…harga RM6.50 tapi punyalah sikit. Kalau saya ni mana kenyang kalau banyak macam tu. Order 2 mangkuk pun mesti belum kenyang. Last2, lepas makan mee sup, lari pegi tempat lain order nasi. Haha pecah rahsia. Berehat di R&R Tapah hampir 2 jam. Ngantuk2 pekena 2 kali menjamu selera.

Sambung perjalanan hingga Tol Simpang Pulai. Bayar tol entah berapa ringgit. Lupa. 🙂

Arah ke Cameron Highland tidaklah susah. Ada sign board. 100% tidak akan tersesat. hee.. Betullah kata kawan. Jalan melalui Simpang Pulai tidaklah bengkang bengkok macam ikut Tapah. Jalanraya naik bukit agak luas. Ada tempat memotong kenderaan lain. Jalan 3 lorong. Cuma kena berhati-hati kerana banyak lori muatan sayur turun bukit laju-laju macam lipas kudung. Banyak kali juga tersirap darah bila lori-lori ni muncul tiba-tiba di sebalik selekoh tajam. Nasib baik saya sudah biasa dengan  jalanraya Tamparuli-Ranau yang lebih kurang sama keadaannya. hehe..

Perjalanan dari Simpang Pulai Ke Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 50 minit. Berhenti di Kea Farm dan Lavender Garden. Menikmati keindahan dan suasana baru. Tapi cuaca tidaklah berapa sejuk seperti yang saya bayangkan. Dan yang paling mengecewakan, jerebu tebal macam di KL. Uarghhhh…..hehe. Untuk pengetahuan, saya tidak pun booking hotel sebelum jalan. Jadi, kehulu kehilir mencari tempat tinggal. Sekejap ke Brinchang sekejap ke Tanah Rata. Semuanya penuh. Dalam hati berkata, ini kali la… tidur dalam kereta. Hehe.. Setelah sejam lebih mencari hotel, akhirnya dapat juga yang berharga RM120.00. Hotel ini mesti tak laku. Sbb bau hapak. Sabar je la.. huhu.

Lepas check in, saya jalan meninjau-ninjau ke Kea Farm. Kalau siapa yang belum pernah ke sini, sebenarnya lebih kurang macam di KL juga jamm nya. Menyesal pula. Bayangkan dari Brinchang ke Kea Farm mengambil masa sejam. biasa dalam 10 minit boleh sampai. Pengalaman berharga untuk masa akan datang bah. hehe. Sebelum malam berlabuh, saya sempat menikmati ais krim strewberry dan makan roti taruh jem home made. Malamnya saya lewat tidur sebab menikmati cuaca yang sudah mulai sejuk. Walaupun tidaklah macam di kundasang tapi sejuklah berbanding KL yang panas. 🙂 🙂

Keesokan hari, bangun pagi, gosok gigi dan mandi dengan air sejuk. Saja tidak pakai air panas. Menggiggil2 juga la. hi hi. Terus check out dn pegi makan sebab perut lapar. Lepas makan, terus ke Ladang Teh Boh. Sempat selfie-selfie cuma malas postkan gambar di sini. Maaflah ye…. Dari Ladang Teh Boh, saya pegi ke pasar2 sayur. Pajak macam2 sayur mcm pucuk timun (Cameron – pucuk labu), kobis dan jagung. Banyak juga saya beli sayur2an.

Pukul 12.00 tghari saya bergerak pulang KL. Kali ini ikut Tapah. Singgah Ringlet beli sayur tepi jalan. Waktu membeli-belah sayur di sini, tidak sangka berjumpa dengan orang Ranau yang juga sedang menjual sayur. Nama dia Kak Juniah. Apa lagi, kami rancak speaking lah. Tidak sangka ada orang Ranau bermastautin di Cameron Highland ini. Nanti lain kali boleh singgah lagi. Sepanjang perjalanan turu, saya terpesona dengan pemandangan dan penempatan orang asli. Tepi-tepi jalan orang asli menjual madu lebah, tongkat ali, sayur rebung, pisang dan petai. Sempat juga membeli rebung 4 biji RM10.00.

Lebih kurang 45 minit sampai Tapah. Berhenti mengisi perut yang berkeroncong di sebuah gerai mee celup. Pekena ikan bakar tapah dengan sambal pedas ala-ala Selangor. Kerana makan terlalu banyak, rasa ngantuk pula. Sudah la time2 ni tidur jam 2.00 petang. Hoho.. Rehat dan tidur dalam setengah jam sebelum meneruskan perjalanan menuju ke selatan. Perjalanan pulang tidak begitu terasa. Alhamdulillah kereta pun tidak terlalu banyak. Sampai rumah lebih kurang pukul 6.00 petang dengan senyuman dan rasa gembira.

Begitulah travelog saya yang tak berapa travelog. Sorry la.. ayat pun lintang pukang. Ha Ha Ha… 🙂 Jumpa lagi di travelog yang akan datang.

MENANAM STRAWBERRY SEBAGAI SATU HOBI

Strawberry merupakan tanaman yang boleh mendatangkan hasil lumayan. bayangkan saja di Kundasang, harga buah strawberry ialah RM5 bagi 200 gram. Selain kaya dengan vitamin C, strawberry juga mempunyai rasa asam yang lazat dan bau aroma yang harum. Tidak hairanlah jika strawberry dijadikan sebagai perisa yang terkenal di kalangan pembuat minuman dan makanan. Strawberry di Kundasang sesuai pada suhu purata suhu 22 darjah celcius. Ia tidak sesuai ditanam di tempat panas. Di kundasang dan kawasan pergunungan Kinabalu, terdapat sekurang-kurangnya 5 spesis strawberry. Rasanya juga berbeza. Manis, masam-manis dan masam. Bagi tujuan komersial, strawberry ditanam di dalam pasu dan diletakkan di atas rak kayu secara fertigasi. Penanaman cara begini menghasilkan buah yang cantik dan lebat.

pokok strewberry3 pokok strewberry2 pokok strewberry1strewberry5 strewberry7 strewberry9strewberry6 strewberry4 strewberry8

Peminat dan penanam strawberry boleh menghubungi saya untuk mendapatkan baka (pokok) strawberry untuk ditanam. Tapi 2 pokok untuk seorang saja tau…he2…