Kajian Penanda Aras Ke atas Pusat Sumber Sekolah-sekolah Daerah Ranau

Gambar PSS semasa lawatan:

SK. KinasarabanSK. Pekan 2SK. Pekan 2SK. PinausokSK. Pinausok

 

Penyelidikan ini dilaksanakan di lima belas buah pusat sumber sekolah dalam daerah Ranau. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SMK. Datu Paduka Mat Salleh Ranau, SMK. Ranau, SMKA. Mohamad Ali Ranau,  SMK. Lohan Ranau, SMK. Bundu Tuhan Ranau, SK. Pekan 2 Ranau, SK. Don Bosco Ranau, SK. Kilimu Ranau, SK. Nalapak Ranau, SK.Bongkud Ranau, SK. Pinausok Ranau, SK. Kundasang Ranau, SK. Kituntul Ranau,  SK. Narawang Ranau, SK. Lohan Ranau

Tujuannya adalah untuk mengesan perkembangan Pusat-pusat Sumber Sekolah (PSS) di sekolah-sekolah berkenaan setelah sekolah -sekolah ini dipantau mulai tahun 2006. Dalam konteks perkembangan PSS ini, di antara aspek-aspek yang ditinjau ialah kesan-kesan pemanauan dari segi aktiviti, pemprosesan bahan, keadaan bahan yang telah dibekalkan, kekerapan penggunaan, organisasi prasarana dan keperluan guru-guru. Kaedah kajian kes telah digunakan untuk kajian ini, maklumat kajian diperolehi melalui kaedah temubual, pengisian borang soal selidik oleh responden, penggunaan senarai semak, pemeriksaan rekod serta pemerhatian oleh pihak penyelidik.

Item-item di dalam borang soal selidik dijadikan asas kepada penyelidik untuk menjalankan temu bual kepada pihak responden. Senarai semak pula digunakan untuk mendapatkan maklumat asas berkenaan dengan kemudahan dan peralatan yang tedapat di perpustakaan, bilik tayangan serta setor bahan media. Dapatan kajian difokuskan kepada aspek-aspek organisasi prasarana dan keperluannya, kekerapan penggunaannya, keadaan bahan-bahan sumber serta kesan-kesan projek. Dari segi kesan projek, dapatan penyelidikan ini menunjukkan bahawa bilangan buku dan peralatan sumber pengajaran-pembelajaran di PSS telah ditambah.

Beberapa masalah pengurusan telah dikenalpasti dan perlu diberi perhatian dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanannya, antaranya ialah:

i.   Peralatan bahan sumber pengajaran-pembelajaran yang tidak lengkap pemasangannya.

ii.  Penggunan kurang berminat untuk menggunakan beberapa jenis bahan sumber kerana mereka tidak mahir  untuk mengendalikannya.

iii.  Kakitangan yang menguruskan PSS kurang berpengetahuan dalam aspek penggurusannya. Walaupun sistem klasifikasi Dewey digunakan untuk mengkatalog buku-buku PSS tetapi kad katalog untuk buku-buku berkenaan tidak disediakan di PSS berkenaan.

iv.  Tidak terdapat sistem yang berkesan untuk penyelenggaraan peralatan. Di samping itu, bahan-bahan yang dibekalkan tidak diberi tanda pengenalan.

v.    Ruang PSS tidak digunakan secara maksimum.

vi.   Peruntukan kewangan untuk PSS tidak digunakan sepenuhnya.

Dari segi penggunanya pula dapatan menunjukkan:

i.      Buku-buku fiksyen lebih banyak dipinjam oleh pelajar, terutama buku-buku bergambar yang bersaiz hurufnya agak besar . Sebaliknya, buku-buku bukan fiksyen kurang diminati dan dipinjam.

ii.     Penggunaan bahan-bahan sumber pendidikan oleh guru-guru adalah berbeza. Guru-guru lebih gemar menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) bukan elektronik.

iii.    Penggunaan PSS adalah secara formal , dimana perpustakaan lebih kerap digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pelanjutan kegiatan pengajaran dan pembelajaran.

iv.     Kurang bukti menunjukkkan wujudnya integrasi di antara PSS dengan aktiviti kurikulum di sekolah kerana para guru kurang berpengetahuan untuk menggunakan PSS secara yang berkesan.

v.      Murid-murid tahun 2-6 banyak meminjam buku daripada PSS. Sebaliknya murid-murid tahun 1 kurang membuat pinjaman kerana merreka mendapat kemudahan tersebut melalui sudut bacaan yang disediakan dibilik darjah masing-masing.

vi.      Penggunaan PSS adalah bermusim dan promosi penggunanya kurang berkesan.

vii.     Wujudnya persaingan di antara bilik PSS dengan bilik  darjah. Terdapat pihak sekolah yang menukar PSS untuk dijadikan bilik darjah apabila keperluan bilik darjah lebih mendesak akibat daripada pertambahan pelajar. PSS juga digunakan sebagai tempat untuk kelas pemulihan.

viii.     Penggunaan bilik akses komputer telah dijalankan secara maksimum.

Dalam aspek organisasi , dapatan menunjukkan struktur organisasi PSS adalah mengikut model yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan PSS, kajian ini memperakui supaya:

i.          Guru-guru yang mengendalikan PSS (termasuk guru-guru daripada sekolah-sekolah kecil) perlu diberi latihan kursus dalam aspek pengurusan PSS.

ii.          Peruntukan masa mengajar yang wajar mesti diberikan kepada guru-guru PSS bagi memastikan mereka dapat berusaha untuk mempertingkatkan keberkesanan pengurusan PSS.

iii.         Bimbingan perlu diberi kepada guru-guru dalam aspek penggunaan ABM.

iv.         Bantuan kepada sekolah-sekolah kecil dari segi kemudahan hendaklah diteruskan.

v.           Aspek-aspek pengurusan yang perlu diberikan perhatian utama ialah:

a. mengkaji satu sistem pembelian bagi sekolah PTJ dan PCG

b. mengadakan satu sistem penandaan barangan dan pengkatalogan.

c. mempertingkatkan latihan pengurusan untuk kakitangan PSS dan
    penyelenggara peralatan.  

 

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010

Pendahuluan

Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

 

1. Membina negara bangsa

 

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia

adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

 

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah :

 

· Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.

· Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.

· Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.

· Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan.

 

2. Membangunkan modal insan

 

Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah :

 

· Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa danpelajar

KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

 

· Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik.

 

· Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan

Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9.

 

· Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik

KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain.

 

· Memantapkan program kokurikulum dan sukan

Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah.

 

· Memperkukuh disiplin pelajar

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

 

· Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan

mempelbagaikan saluran aduan terus

Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

 

· Memantapkan kurikulum

Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah.

 

· Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi

Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan.

 

3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah :

 

· Infrastruktur lengkap dan berkualiti.

· Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

· Beraspirasi nasional.

· Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.

· Pencapaian akademik cemerlang.

· Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.

· Iklim dan budaya sekolah yang sihat.

· Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.

· Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.

· Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

 

4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar

PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

 

5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

 

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan

Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian

dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut :

 

· Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum).

· Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat).

 

Kesimpulan

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

Sumber maklumat :Kementerian Pendidikan Malaysia

Laporan Bab 0 : Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P

PERHARGAAN

 

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat bagi membolehkan penyelidikan ini dapat dijalankan sehingga sempurna.

 

Penghargaan ini khusus ditujukan kepada  Pengetua SMK. Kundasang yang telah memberikan izin untuk menjalankan kajian ini. Begitu juga kepada Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah, Pusat Kegiatan Guru Ranau yang telah memberikan kerjasama dan maklumat berkaitan di mana pejabat ini adalah yang bertanggungjawab terus kepada pemantauan perlaksanaan penggunaan TV Pendidikan di peringkat daerah. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua guru serta pelajar yang terlibat dalam kajian temuramah, IMMS serta proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

 

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jawatankuasa Kajian Tindakan Daerah Ranau yang telah menyumbangkan idea sehingga kajian ini siap sepenuhnya. 

 

LOSININ JOHALIN

Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah

Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah

Kota Kinabalu 

 

 

ABSTRAK

Penggunaan TV Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya telah lama dilaksanakan. Bagaimanapun Penggunaan TV pendidikan melalui ASTRO telah dilaksanakan mulai Tahun 2000 dengan pemasangan peralatan dijalankan secara berperingkat-peringkat di seluruh Negara. Kajian ini dikhususkan untuk melihat kesan penggunaan TV Pendidikan terhadap pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini telah dijalankan ke atas 36 orang pelajar SMK.Kundasang, Ranau dan dengan menggunakan set ujian IMMS, ujian pra dan ujian pos. Sebagai tambahan, semasa kajian ini dijalankan, satu sesi temubual secara rawak telah dijalankan dikalangan guru dan murid. Daripada 20 orang respondan, 100% menyatakan persetujuan mereka bahawa TV Pendidikan melalui  ASTRO menarik dan berguna. 90% daripada mereka mahu supaya ada siaran TV Pendidikan di sekolah . 10% tidak menyatakan sebarang pendapat. Walau bagaimanapun hanya 55% daripada respondan pernah menggunakan kemudahan TV Pendidikan ini dalam proses pengajaran dan Pembelajaran. Peratus yang menggunakan TV Pendidikan ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang menjadikan TV Pendidikan sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang terkenal.

 

 

ISI KANDUNGAN 

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

 

 

 

 

Penghargaan

i

 

Abstrak

ii

 

Isi Kndungan

iii

 

Senarai Jadual

iv

 

Senarai Rajah

v

 

Senarai Lampiran

vi

 

Senarai Singkatan

vii

 

 

 

 

 

 

 

Bab 1 : Pendahuluan

 

1.1

Pengenalan

9

1.2

Latar Belakang Kajian

11

1.3

Tujuan / Objektif Kajian

14

1.4

Pernyataan Masalah

15

1.5

Persoalan Kajian

16

1.6

Batasan Kajian

17

1.7

Definisi Operasional

18

 

 

 

 

 

 

 

Bab 2 : Metodologi Kajian

 

2.1

Pengenalan

19

2.2

Rekabentuk Kajian

19

2.3

Sasaran Kajian

21

2.4

Kaedah Mengutip Data

22

2.5

Tinjauan Awal

23

 

 

 

 

 

 

 

Bab 3 : Perlaksanaan Kajian

 

3.1

Pengenalan

25

3.2

Persediaan Tindakan

25

3.3

Proses Gelung / Kitaran

27

3.4

Perlaksanaan Tindakan

27

3.5

Penilaian Dan Refleksi

28

3.6

Kesimpulan

36

 

 

 

 

 

 

 

Bab 4 : Penilaian

 

4.1

Pengenalan

37

4.2

Penilaian Dan Refleksi Berdasarkan Maklumbalas

37

4.3

Penilaian Dan Refleksi Kendiri

39

4.4

Rumusan

40

4.4

Cadangan

41

 

 

 

 

Bibliografi

42

 

 

 

 

Lampiran

45

       

 SENARAI JADUAL

 

Jadual

 

Nama Jadual

Muka Surat

 

 

 

 

Jadual 1

:

Jadual Perlaksanaan Tindakan

28

Jadual 2

:

Jadual Nilai Sisihan Piawai soalan soalselidik

29

Jadual 3

:

Taburan Responden

30

Jadual 4

:

Keputusan Ujian Pra Kumpulan 1

30

Jadual 5

:

Keputusan Ujian Pra Kumpulan 2

31

Jadual 6

:

Keputusan Ujian Pos Kumpulan 1

32

Jadual 7

:

Keputusan Ujian Pos Kumpulan 2

32

Jadual 8

:

Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos Kumpulan 1

34

Jadual 9

:

Jadual Perbandingan Markah Ujian Pra dan Pos  Kumpulan 2

35

 SENARAI RAJAH 

Rajah

 

Nama Rajah

Muka Surat

 

 

 

 

Rajah 1

:

Gelung kitaran yang menunjukkan proses penyiapan kajian

27

Rajah 2

:

Graf perbandingan keputusan ujian pra kumpulan 1 dan 2

33

Rajah 3

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos kumpulan 1 dan 2

33

Rajah 4

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan 1

34

Rajah 5

:

Graf perbandingan keputusan ujian pos dan pra kumpulan  2

34

Rajah 6

:

Graf perbezaan peningkatan keputusan ujian bagi 2 mod pengajaran

35

  

SENARAI LAMPIRAN 

 

Lampiran A

:

Ujian IMMS

Lampiran B

:

Soalan Temubual

Lampiran C

:

Senarai Responden Terlibat

Lampiran D

:

Keputusan Ujian Pra

Lampiran E

:

Keputusan Ujian Pos

Lampiran F

:

Surat Sokongan PTP PKG Ranau

Lampiran G

:

Surat Kepada Pihak Sekolah

Lampiran H

:

Keputusan Instrumen Temuramah

Lampiran I

:

Contoh Lesson Plan

Lampiran J

 

Contoh Ujian Pra/Pos

  

SENARAI SINGKATAN  

 

IMMS

:

Ujian Ukuran Skala Motivasi

P&P

:

Pengajaran dan pembelajaran

MPT

:

Murid Prestasi Tinggi

MPS

:

Murid Prestasi Sederhana

MPR

:

Murid Prestasi Rendah

TVP

:

TV Pendidikan

BTPN

:

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

EPRD

:

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Dasar Pendidikan

ICT

:

Information, Communication and Technology