Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah SMKA Mohd. Ali Juara Sepanduk

Pertandingan sepanduk sempena perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Ranau 1431 H bersamaan 2010 M telah dijuarai oleh SMKA Mohamad Ali. Sementara Naib Juara disandang oleh SMA Al-Irsyadiah dan ketiga KAFA Ranau. Sebanyak 25 sepanduk telah dipertandingkan. Dalam program yang sama, di Dewan Masyarakat Ranau, YB Datuk Hj Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar sabah telah merasmikan sambutan Maulidur Rasul kali ini. Acara di dewan masyarakat dimeriahkan lagi dengan persembahan marhaban, barzanji, salawat dan nasyid. Turut hadir ialah Ybhg Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, Ybhg. Tan Sri Abdul Ghani Gilong, YBhg Datuk Amisah Yassin pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

DSC_1017 DSC_1018 DSC_0926DSC_1016 DSC_1009 DSC_1002DSC_0999 DSC_1007 DSC_0995DSC_0994 DSC_0992 DSC_0991DSC_0982 DSC_0958 DSC_0957DSC_0949 DSC_0947 DSC_0936DSC_0932 DSC_0914 DSC_1012

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau Meriah

Sempena Sambutan Hari Kelahiran Junjungan Nabi Muhammad SAW 1431 H / 2010 M, Masjid Ar-Rahman Pekan Ranau tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program seperti ceramah agama, barzanji, salawat, marhaban dan bacaan doa. Program ini bertujuan untuk mengetahui dan menghayati sirah Nabi SAW bagi menambahkan rasa cinta kepada Rasulullah dan ketakwaan kepada Allah SWT.  Di samping itu, acara sukaneka, pertandingan mewarna, pidato agama, puisi Islam, Nasyid, pertandingan azan juga turut diadakan untuk merapatkan lagi silaturrahim di kalangan umat Islam di sekitar kawasan pekan. Acara kemuncaknya ialah jamuan makan malam selepas solat isyak. Kira-kira 350 orang yang hadir.

DSC_0883 DSC_0857 DSC_0869DSC_0849 DSC_0839 DSC_0838DSC_0846 DSC_0859 DSC_0861DSC_0854 DSC_0867 DSC_0855DSC_0864 DSC_0875 DSC_0860DSC_0862 DSC_0842 DSC_0900DSC_0888 DSC_0893 DSC_0907

Roadshow Kampus ASTRO Di Daerah Ranau

Pihak Kampus ASTRO telah mengadakan roadshow ke 2 buah sekolah di daerah ini bagi mendedahkan program-program pendidikan melalui saluran-saluran tertentu di dalam siaran ASTRO. Sekolah tersebut ialah SK. St. Benedict pada 23 Februari 2010 dan SMK. dato Paduka Mat Salleh, Ranau pada 24 Februari 2010. Program yang berjalan dari pukul 7.30 pagi hingga 2.00 petang itu telah memberikan peluang kepada semua pelajar untuk melihat dengan lebih dekat lagi dunia pendidikan melalui saluran Kampus ASTRO. Di daerah ini, Kampus ASTRO telah bermula sejak tahun 2009 dengan siapnya pemasangan set Kampus ASTRO di Pusat Kegiatan Guru Ranau dan 3 buah sekolah iaitu SK. Pekan 2, SJK Pai wen dan SMK Kundasang. Siaran kampus ASTRO telah memberikan manafaat dan kemudahan pendidikan tanpa sempadan kerana siaran TV Pendidikan tersebut boleh diterima di kawasan luar bandar dan pedalaman.

kampus atro1 kampus atro2 kampus atro3kampus atro4 kampus atro5 kampus atro6kampus atro7 kampus atro8 kampus atro9kampus atro10 kampus atro11 kampus atro12kampus atro13 kampus atro14 kampus atro15kampus atro16 kampus atro17 Kampus astro18