Perjuangan Ini

Seiring dan selangkah kita mara
Bersama iltizam dan semangat juang
Kita bina benteng, kita bina tembok
Kita tegakkan perjuangan pendidikan
Membentuk generasi penerus perjuangan
Membina akhlak mulia dan jati diri pelapis negara

 
Perjalanan kita masih jauh dan berliku
Namun selangkah undur pantang sekali
Kita tidak takut merentas gelombang
Kita tidak gentar menempuh belantara
Kita tidak goyah menentang badai
Sentiasa bersedia menghadapi pengorbanan

 
Di ceruk rantau nun jauh di pedalaman
Di Tanjung bertentangan lautan yang luas
Di kepulauan jauh  intaian para mundu
Di pergunungan yang dingin
Di seberang laut jauh beribu batu
Juga di kota yang menjanjikan segala

 
Jiwa pendidik tetap sama
Semangat dan azam kian padu
Satu cita-cita dan janji
Mendidik dan mencorakkan anak bangsa
Menjadi generasi berilmu berjiwa luhur
Berakhlak mulia tinggi jati diri

 
Anak didik kami
Inilah ikrar, inilah sumpah kami
Tidak pernah luntur dan terhakis
Walau sejuta rintangan menghalang
Kami tetap bangkit dan mara
Menjunjung amanah bangsa

 

Aku…Maha Irama..
Selepas Subuh
26/01/2016

Bengkel Pembinaan Khidmat Bantu Bersepadu

IMG_20160119_09585419 Januari 2016 telah berlangsung Bengkel Penghasilan Instrumen Bersepadu melibatkan semua sektor di BTP, KPM. Bengkel terakhir yang saya hadiri sebelum memulakan tugas baru. Seramai 20 orang terlibat dalam bengkel ini. Bengkel yang berlangsung selama satu hari setengah ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Kamarul Azman, Ketua Unit Data & Kajian. Bengkel ini telah menghasilkan draf Instrumen Pemantauan dan Khidmat Bantu BTP ke cawangan seluruh negara iaitu BTPN, PTPB, PKG dan Sekolah. Selamat berjaya kepada semua pihak yang terlibat dalam khidmat bantu kelak.