Kajian Tindakan Selangkah Ke Hadapan di PKG Tuaran

Saya sempat bersama-sama dengan sebahagian daripada Guru Perpustakaan dan Media Daerah Tuaran di PKG Tuaran… ..Misi untuk melahirkan lebih ramai guru menghasilkan Kajian Tindakan berasaskan inovasi pengajaran dan pembelajaran terus melangkah ke hadapan dengan penganjuran serta perlaksanaan Kursus serta Bengkel Kajian Tindakan Peringkat Daerah Tuaran yang telah berlangsung dari 29 hingga 31 Mac 2010 yang lalu. Seramai 20 orang yang terdiri daripada guru-guru GPM tersebut telah dipilih untuk mengikuti kursus yang julung-julung kali diadakan ini. Para peserta kursus telah didedahkan dengan konsep kajian tindakan, penyediaan kertas cadangan, instrumen dan kaedah pelaporan. Sebanyak 15 tajuk kajian telah dicadangkan oleh peserta. Semua peserta akhirnya diberikan watikah perlantikan masing-masing pada akhir kursus.

gambar 21 gambar 14 gambar 13gambar 20 gambar 19 gambar 18gambar 17 gambar 16 gambar 15gambar 12 gambar 11 gambar 10gambar 9 gambar 8 gambar 7Gambar 6 gambar 5 gambar 4gambar 3 Gambar 2 gambar 1

Bengkel Kajian Tindakan Sipitang, Sabah

kumpulan aktif kumpulan cergas perbincangan kumpulan3perbincangan kumpulan 2 perbincangan kumpulan penyediaan instrumen peserta kursus deklarasiwatikah perlantikan cendeamata2 cenderamata1kumpulan PKG Sipitang melangkah setapak kehadapan apabila berjaya menganjurkan Bengkel Kajian Tindakan Inovasi Peringkat Daerah Sipitang Pada 17 – 19 November 2009, bertempat di balai kursus PKG Sipitang, Sabah. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada 17 orang guru sekolah rendah dan 3 orang guru sekolah menengah telah menyertai bengkel tersebut. Selain bengkel penghasilan kertas cadangan dan instrumen kajian, majlis penyampaian watikah perlantikan sebagai penyelidik dan ikrar Deklarasi Sipitang telah disempurnakan pada akhir slot. Dalam bengkel selama 3 hari ini, sebanyak 7 kertas proposal telah dihasilkan. Para pengkaji dijangka akan memulakan tugas mereka sebaik-baik sahaja sekolah dibuka pada tahun hadapan. Tahniah..

Kolokium Kajian Tindakan Negeri Sabah 2009

Kolokium Kajian Tindakan Sabah 2009 anjuran bersama Institut Aminuddin Baki, Jabatan Pelajaran Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah sedang berlangsung sekarang d Hotel King Park, Tawau. Kolokium ini telahpun bermula sejak 12 Oktober 2009 dan akan berakhir pada 15 Oktober 2009. Dalam kolokium ini, sebanyak 12 kertas kerja kajian tindakan dan 2 kertas konsep telah dan akan dibentangkan. Turut diadakan ialah sesi forum yang dikendalikan oleh 3 orang ahli panel.