Petua Membayar Hutang dan Pelbagai Amalan

 

Oleh: Wati78, Banting Selangor

 Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang bertemu Sayidina Ali RA meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Sayidina Ali RA memberitahunya jika dia mengamalkan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun sebesar gunung.Doa yang dimaksudkan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal sehingga aku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu sehingga aku tidak minta kepada selain Engkau.”[Riwayat Tarmizi]

Surah-surah Amalan

1. Untuk elak suami/ isteri dan anak-anak bergaduh
Surah Al-Baqarah: ayat 102

2. Supaya anak-anak pandai belajar
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 79

3. Melembutkan hati anak/ elak panas baran
Surah Al-Anbiyaa’: ayat 69
Surah Al-Hasyr: ayat 22 – 24

4. Untuk elakkan anak malas ke sekolah
Surah Toha: ayat 1 – 5

5. Supaya suami tidak kahwin lain (strictly for the wives)
Surah Toha: ayat 39 [mula dari tanda Jim kecil]

6. Ayat Pendinding
Surah At-Taubah: ayat akhir

7. Untuk anak yang suka keluar malam
Surah Ar-Ruum: ayat 31 [Baca 33x]

8. Untuk jadi Pendinding Rumah
Surah Al-Baqarah [Dibaca & tiup pada air dan semburkan sekeliling rumah]

Wallahu a’lam. 

Tema-tema Hari Guru Malaysia

ppd.jpg 

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Tema Hari Guru sejak 1972:

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

Sajak Guru Oh Guru (Usman Awang)

Sajak Guru Oh Guru oleh Seniman Negara Usman Awang membawa makna yang besar kepada warga pendidik. Mungkin kita tidak pernah atau jarang menghayatinya. Sempena Sambutan Hari Guru 2008 ini, saya mengajak kepada seluruh warga guru untuk membaca, memahami serta menghayati sajak ini. Mudah-mudahan ia akan menjadi pendorong kita untuk menjadi guru cemerlang sepanjang perkhidmatan.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979