Bengkel membina blog sekolah yang dihadiri oleh Guru ICT dan Guru Media & Perpustakaan anjuran PKG Tamparuli telah diadakan pada 24 hingga 25 Jun 2009. Bengkel yang disertai oleh 20 orang peserta ini bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang cara-cara membina blog berasaskan edublog. Saya mengambil masa 2 hari di sini untuk memantapkan semangat kolaborasi dan menjayakan program PKG 4 Serangkai.
Monthly Archives: June 2009
Bengkel Keluarga Bahagia Kg. Wiha Timbua
Saya sempat mengendalikan satu kursus anjuran ABIM Cawangan Ranau yang telah diadakan pada 18 Jun 2009 di Kg. Wiha Timbua Ranau. Seramai 60 orang peserta kursus yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak mereka. Perkara penting yang dititikberatkan dalam kursus ini ialah peranan ibu bapa dan anak dalam membentuk keluarga bahagia.
Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PTPB/PKG, Perhimpunan Bulanan dan Majlis Persaraan Puan Hajjah Jarah Binti Abdullah Gad Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
Peristiwa-peristiwa Penting BTPN Sabah Minggu Lepas:
25 hingga 28 Mei 2009 : Mesyuarat Penyelarasan BTPN/PTPB/PKG Sabah
28 Jun 2009 (8.00 malam) : Majlis Persaraan Ybhg. Puan Hajjah Jarah Binti Abdullah Gad, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sabah
29 Jun 2009 : Perhimpunan bulanan (Terakhir bersama KPP BTPN Sabah)
Bagi pihak BTPN dan rangkaian, kami mengucapkan setinggi-tinggi penghagaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.. Mudah-mudahan kerja-kerja kita diberkati oleh Allah SWT.