Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan,Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 – 200 orang.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.
KEPERCAYAAN
Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun. Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian. Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam. Bomoh bagi masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Bobo
PERAYAAN
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusuns sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan “ketua pendita”
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai ‘Tadau Ka’amatan’ dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinoringan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa “Tanpa padi, tiada kehidupan.”
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan ‘Kopivosian Tadau Ka’amatan’ atau ‘Selamat Hari Menuai’.
MAKANAN TRADISIONAL
- Hinava Ginapan
Makanan taradisional Kadasandusun penampang ini diperbuat daripada udang segar yang diperap dengan garam dan jus limau nipis. Makanan ini mementingkan kesegaran serta kebersihan untuk mencapai keenakannya. makanan tradisi juga yang terkenal ialah ‘sambal’ atau ‘jeruk’ atau ‘pekasam’ atau lebih dikenali sebagai BOSOU. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai ‘tinamba’…oleh sekitar penduduk Ranau. Bosou ini adalh daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan garam, dan buah kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di bekas yang tertutup selama beberapa hari. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja.
TARIAN TRADISIONAL
Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.
PAKAIAN TRADISIONAL
- Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang
Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai semasa sambutan Pesta Menuai.