Alhamdulillah sempat juga sarapan pada pagi ini. Sejak semalam mengejar masa dihentam asimen..hehe.. Biasalah di saat-saat akhir ni baru terima banyak tajuk baru. Lecturer buat kejutan.. Ingatkan saya sahaja yang menggelabah, rupa-rupanya kengkawan yang lagi rasa kronik. Sepanjang malam tak tidur kerana asimen tak siap lagi…
Dari hostel dah terfikir-fikir apa makanan nak makan. Macam-macam di fikiran. Nasi lemak, roti canai, mee goreng, kuih….hehe. Lapar pula kerana semalam makan di Court Yard tak kenyang makan masakan moden yang banyak minyak.. Parking kereta elok-elok di hadapan bangunan SPPS UMS, tengok pintu cafe PPIB dah buka. Teringat di situ ada kacang soya panas-panas dan macam-macam kuih ada, mee goreng, nasi lemak, nasi campur. Macam mau makan semua jenis makanan. Betullah…kadang-kadang datang sikap tamak.
Pagi ni minum kacang soya panas. Beli kuih ‘pinjaram’, karipap, kuih bulan (kadang-kadang orang sebut kuih lapis atau apam balik) ntah apa namanya yang betul. Beli juga kuih kacang hitam dan biskut… Makan 2 biji kuih dan minum 500ml air soya panas-panas sangat menyelarakan.
Tapi yang lebih penting ialah saya masuk saja di bilik kuliah, buka internet, search apa khasiat air kacang soya. Baca dan hayati..rupanya saya tidak tau selama ini apa khasiat air kacang soya. Saya baca artikel ringkas dan saya share dengan pembaca…hehe
KHASIAT KACANG SOYA
Kacang soya juga dikenali sebagai Glycine max merupakan salah satu daripada 7 āsuper foodsā di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanyaĀ masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu yang mana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya popular di kalangan masyarakat Cina. Kacang soya merupakan āMakanan Berfungsiā yang paling banyak dikaji di antara tahun 80-an dan 90-an. Banyak penemuan saintifik yang positif membuktikan bahawa kacang soya dan protein soya bolehĀ mempertingkatkan kualiti kehidupan tanpa mendatangkan kesan yang sampingan yang memudaratkan. Di antara kebaikan yang disumbangkan oleh kacang soya dan protein soya adalah seperti berikut:-
I. Mengurangkan risiko penyakit koronari jantung melalui pengawalan paras kolesterol dalam badan oleh peptid soya 7s dan 11s di mana tindakannya seperti ubat āstatinsā tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
II. Isoflavin soya dipercayai dapat mempertingkatkan kesihatan payudara serta mencegah penyakit barah payudara dan rahim,
memperkuatkan tulang lalu mencegah osteoporosis dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang, mengatasi masalah simptom mati-haid.
III. Lesitin soya dapat mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan dalam sel-sel, mengemusi lemak dalam makanan, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
IV. Kandungan asid amino perlu, asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Selain itu, proses penuaan dapat diperlahankan.
V. Gula kompleks dan āoligosaccarideā dalam kacang soya memperbaiki masalah sembelit dan juga sebagai makanan utama probiotik di dalam usus besar demi kesihatan kolon serta mencegah kita daripada barah kolon.
Walaupun kacang soya memiliki pelbagai ciri yang merangsang kesihatan badan optimum, anda mesti berhati-hati semasa membuat pilihan jenama di pasaran.
Bagaimanakah memilih makanan tambahan kacang soya yang terbaik di pasaran?
1. Mesti memastikan barangan tersebut bebas daripada toksin dan āheavy metalsā, bakteria, kulat dan aflatoksin serta racun serangga.
2. Barangan soya sensitif terhadap kontaminasi, jadi mesti diproses di kilang yang diiktiraf HACCP(RvA) dan ISO9001:2000(UKAS), barulah dikatakan selamat dimakan.
3. Pastikan kacang soya adalah bebas daripada Urinase Enzyme supaya tidak mendatangkan masalah gout.
4. Pastikan nisbah protein kapada karbohidrat adalah di dalam lingkungan 0.6-1.0 supaya tidak menjadikan anda gemuk atau menghasilkan bebanan kepada fungsi ginjal.
5. Pastikan barangan tersebut adalah āwholesomeā dan bukan hanya protein soya isolate sahaja.
Pastikan ia kaya dengan asid amino perlu, asid lemak omega-3, dan zat kalium.
6. Pastikan ia bebas daripada bahan āthickenerā dan perasa tiruan.
Kesimpulannya, kebaikan kacang soya demi kesihatan memang memberangsangkan. Akan tetapi, anda mesti memastikan ciri-ciri keselamatanĀ barangan sebelum ia digunakan untuk jangka panjang.
KHASIAT KACANG SOYA UNTUK WANITA
Khasiat protein kacang soya dapat disamakan dengan dua kali protein daging, empat kali telur, empat kali gandum, lima atau enam kali roti dan dua belas kali susu. Hasil kajian juga mendapati protein kacang soya bukan sahaja tinggi, tetapi baik dari segi kualitinya. Kacang soya dapat membantu keperluan wanita, di antaranya adalah, kacang soya membantu perkembangan otak, mempertingkatkan kadar metabolisme badan seterusnya serat yang terkandung di dalamnya membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk mencegah gejala āhot flashesā sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
Jika anda gemar minum air kacang soya dan mengisarnya sendiri, usah dibuang hampasnya. Jemur hampasnya sehingga kering dan simpan didalam bekas kedap udara. Untuk menggunakannya ambil beberapa camca hampas itu dan bancuh dengan air suam. Gosok dan sental pada seluruh badan sewaktu mandi. Hasilnya, badan lebih bersih, lembut dan cerah. Hampas itu juga boleh dicampur dengan putih telur untuk dibuat pupur wajah. Hasilnya tentu mengagumkan anda.