Cabaran Memburu Sarjana… Menuntut Ilmu Mengekalkan Kelestarian Manusia dan Alam

Melanjutkan pelajaran menjadi keutamaan sebahagian orang tetapi ramai juga yang tidak lagi berminat untuk menyambung pelajaran setelah mendapat pekerjaan. Fenomena ini berlaku kerana keyakinan mereka bahawa adalah tidak perlu lagi untuk belajar tinggi-tinggi jika telah ada kerjaya atau cita-cita telah tercapai. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa  jika masih mempunyai kemampuan untuk mentelaah nota-nota pelajaran dan bersedia untuk membuat assignment yang diminta oleh para pensyarah bolehlah melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkat yang paling atas. Nampaknya, menuntut ilmu pengetahuan menjadi sebahagian daripada keperluan hidup lebih-lebih lagi pada masa ini. Salah satu sebabnya ialah kerana ilmu pengetahuan boleh membantu mengekalkan kelestarian hidup dan memperbaiki hubungan di antara manusia dengan manusia yang lain, manusia dengan alam persekitaran dan sosio-ekonomi.

Suasana pembelajaran di menara gading… cabaran 3 dimensi; Study….kerjaya…keluarga. Selamat berjuang kepada sahabat-sahabat

KOHOT 7 copy DSC02432 DSC02429DSC02426 DSC02427 DSC02425

MEMBENTUK IDENTITI PEMUDA BELIA HARAPAN BANGSA, MENELADANI PEMUDA ASHABUL KAHFI

Selamat bertemu kembali.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhemah dakwah kepada semua pemuda belia sempena hari cuti sekolah terutamanya kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam Daerah Ranau, Persatuan Bekas Pelajar Islam Daerah Ranau dan Ahli ABIM Ranau yang sekarang ini dalam rangka kerja gerakan dakwah dan sosial sempena cuti sekolah 2010. Usaha ini amat murni. Mudah-mudahan mendapat keberkatan daripada Allah SWT

 Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan dengan berita-berita negatif tentang generasi muda di samping kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya kepada pempinan pertubuhan dan persatuan belia di negara kita.

Hari belia yang disambut pada 15 Mei lalu pada setiap tahun di negara kita adalah sebagai satu medan untuk setiap warga muda bermuhasabah dan memikirkan matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh mereka. Tema hari belia tahun ini “ Belia Bina Bangsa, Belia berwawasan dan Belia Malaysia” merupakan satu tema yang sangat menarik untuk kita renungi dan fikirkan bersama . sememangnya warga muda hari ini adalah cerminan wajah negara akan datang

Menurut Prof. Dr. Yusof Al Qaradhawi, seorang sarjana dan pemikir Islam yang tersohor dan disegani masa kini, katanya ; “ Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur ‘ baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur” tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku”.

Seorang pemikir dan penyair terkenal Mesir, Ahmad Syauki pernah bermadah : “ Sesungguhnya sesuatu bangsa itu kuat dan hebat kerana akhlaknya, jika rosak akhlak itu maka bangsa itu akan lenyap dan hilang”.

Pemuda belia sarat dengan perjuangan untuk mencari falsafah hidup dan identiti diri masing-masing. Saban hari memikirkan hala tuju hendak kemana? Dengan pelbagai pengaruh yang mendatang dari tiap sudut. Pengaruh negatif akibat budaya yang tidak sihat serta pengaruh positif dari gerakan dakwah dan kemanusiaan bertembung seolah-olah sengaja bersaing untuk mendapatkan lebih ramai pengikut mereka. Justeru, pemuda belia yang kurang ilmu pengetahuan, kurang matang dan mudah terpengaruh tidak dapat menimbang sebelum memilih jalan mereka. Ayuh pemuda belia, jadikan sebahagian daripada kisah-kisah sejarah silam seperti ashabul-kahfi sebagai panduan hidup pemuda belia muslim…..

Saya telah memasukkan sambungan artikel ini di scribd http://www.scribd.com/doc/44267832/MENELADANI-PEMUDA-ASHABUL-KAHFI#

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena kedatangan hari lebaran 1431H bersamaan 2010M ini, saya serta seluruh warga Kolaborasi Ilmu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kehadiran aidilfitri kali ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita semua.  Selepas sambutan aidilfitri, kita akan kembali ke destinasi masing-masing untuk meneruskan tugas serta tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kepada yang memandu kenderaan, berhati-hatilah di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang.