Keciknya kapal ku…
Menunggu terbang jam 6.45 pagi…
awal tunggu di airport takut tertinggal…
Singgah di Miri.
Dah sampai Kuching..
Udah sampai Kuching.. Singgah solat di Masjid … Nampak pengumuman ni…. manalah tahu ada yang nak mewakaf untuk pelaburan akhirat.. RHB Bank 21125460000220….
Baru semalam perjuangan ku di UMS berakhir. Hari ini sekali lagi aku merentasi tanah Borneo. Waktu post ini ditulis, aku berada dalam perut foker 50 di airport Sibu kerana transit menurunkan penumpang dari Miri tadi. Kemudian penumpang-penumpang baru akan masuk untuk pergi ke Kuching.
Sebenarnya inilah kali pertama aku menaiki flight seperti bas henti-henti. Dari Kota Kinabalu ke Miri …. Sambung nanti..flight nk terbang… dari Miri tadi sekarang dah sampai rumah.. panas betul. Panas…rasa rimas…kali-kali mandi pun masih rasa panas. dari Miri tadi singgah Sibu. Pastu terbang terus ke Kuching. pengalaman aku transit di Miri dan Sibu… melihat kepada pembangunan airport yang begitu ketara. Tidak seperti dulu. Sekarang nampak sangat berubah, moden dan kemudahannya setaraf dengan airport KL, KK dan JB. Bahkan design bangunannya lebih moden daripada Airport Kuching. Langkah kerajaan menaiktaraf semua lapangan terbang di Malaysia sangat tepat dan memang kena pada masanya kerana Malaysia telah menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di dunia. Contohnya di Miri, siapa yang tidak kenal dengan Gua Niah..
Esok perjalananku ke sebuah Daerah kecil..Simunjan dan Sebuyau untuk melihat bangunan burung walit yang sering disebut-sebut. Di sini adalah di antara pusat utamanya. Jadi malam ni rehat dulu supaya esok boleh mengembara dengan sihat dan segar.. 🙂