Membangunkan Multimedia Pengajaran Dengan Lecture Maker

Hari ini pelbagai perisian  khusus untuk membina multimedia pengajaran. Contohnya Macromedia Authoware, Hot Potato, Ms Powerpoint dan banyak lagi. Tetapi Lecture Maker adalah di antara perisian paling mudah dan sangat user friendly. Perisian Lecture Maker adalah produk dari China dan dibangunkan oleh Daulsoft. Perisian percubaan atau pakej penuh boleh dimuat turut atau dibeli melalui Softpedia, CNET Download, Downloadplex, Laman web Lecture Maker, atau di Top4download. Pengalaman saya, Lecture Maker mempunyai ciri-ciri yang lebih mudah daripada kebanyakan perisian yang lain. Lecture Maker membenarkan proses import data audio, video, image, teks dan animasi secara langsung melalui penggunaan built in camera dan internal notebook microphone .  Rasanya lebih mudah melakukan synchronization di antara teks dan voice over di sini.  Selain itu, Lecture Maker juga membolehkan pembangun media pengajaran membina soalan-soalan kuiz secara interaktif.

Selamat mencuba.

TEKNOLOGI WEB 2.0 MENYOKONG PEMBELAJARAN UBIQUITOUS KE ARAH MEMANTAPKAN LAGI PEMBELAJARAN KENDIRI

Pembelajaran boleh berlaku di mana jua kita berada dan pada bila-bila masa sahaja. Ia juga disebut sebagai Pembelajaran Ubiquitous. Dengan adanya kemudahan internet yang tidak terhad, maka kita lebih mudah mengakses pelbagai maklumat dan bahan pengajaran serta pembelajaran sama ada secara formal atau tidak formal dengan tujuan untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan yang sedia ada. Orang selalu sebut sebagai maklumat di hujung jari.

Walaupun kaedah pembelajaran ubiquitous tidak mengambil peranan guru secara keseluruhannya, namun tidak dapat dinafikan bahawa pelajar masa kini mempunyai peluang yang lebih luas untuk menimba ilmu pengetahuan melalui pembelajaran kendiri. Maka tidak hairanlah jika ramai pelajar yang telah menguasai satu-satu topik pembelajaran sebelum ia diajar oleh guru.

Pembelajaran ubiquitous ini dipengaruhi oleh perkembangan pesat ICT global dan ini telah memberi pengaruh yang besar kepada kehidupan kita. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah ia turut memberi impak yang meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia melalui proses Pembestarian Sekolah di dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, penggunaan teknologi terkini seperti aplikasi Web 2.0 yang semakin meluas membolehkan pelajar mencari maklumat dan informasi dengan lebih mudah dan berkesan.

Aplikasi web 2.0 bukanlah merupakan perkara baru dalam dunia internet. Jika sebelum ini masyarakat hanya menggunakan web untuk mencari maklumat semata-mata, tetapi dengan kewujudan web 2.0 , komunikasi dapat dijalankan secara dua hala selain menjadikan komunikasi begitu berkesan, pantas dan mudah. Masyarakat bukan sahaja dapat melayari web malah dapat mempamerkan, memperluaskan dan berkongsi kreativiti mereka dengan sesiapa sahaja tanpa batasan masa, ruang dan lokasi.

Aplikasi Web 2.0 merupakan persekitaran yang sempurna bagi para pendidik. Penggunaan Web 2.0 ini membantu mengubah landskap abad ke-21 dalam bidang pendidikan. Ia membentuk pendekatan pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pendidik berinteraksi dengan pelajar.

(Hargadon, 2009). Menurut Khalili dan Shashoani (1994) dan Moore dan Kearsley (1996) penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan hasil pembelajaran. Selain itu, Bower (1998) pula menekankan lagi bahawa pengajaran berasaskan teknologi adalah lebih alternatif dan perlu terus ditingkatkan. Penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif serta menjadikan pelajar lebih berfikiran kreatif dan inovatif. Tentu saja, ini adalah berita baik untuk pendekatan pendidikan atas talian kerana menyediakan medium untuk menjadikan sistem pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mudah.

Teknologi Web 2.0 seperti blogspot, wordpress dan edublogs telah memberikan peluang yang lebih besar dan mudah kepada guru-guru untuk membangunkan laman web sekolah yang lebih interaktif dan dinamik. Oleh itu, adalah diharapkan agar sekolah-sekolah yang belum mempunyai laman web supaya dapat membinanya secepat mungkin.

Pembestarian Sekolah Luar Bandar Malaysia

Ranau- Sebanyak 15 buah sekolah luar bandar terlibat dalam pembestarian di bawah Multimedia Development Corporation (MDEC), Multimedia Super Corridor (MSC) di seluruh Malaysia. Satu daripadanya adalah daripada Sabah dan sekolah tersebut ialah SMK Agama Mohamad Ali, Ranau.

Pihak kami, yakni BTPN dan PKG telah memantau status peralatan ICT untuk mengenalpasti kemudahan yang telah sedia ada di sekolah tersebut. Tindakan selanjutnya ialah memberikan khidmat bantu kepada sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran dan mempastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik dan berfungsi.

Tahniah kepada SMKA Mohamad Ali, Ranau.