Mendaki Gunung Kinabalu

Untuk pengetahuan saudara bakal pendaki gunung kinabalu, di bawah ini saya berikan panduan harga mendaki gunung kinabalu.

Cth: 12 orang pendaki
1. Permit : RM30.00 seorang pendaki)
2. Insuran : RM7.00 seorang pendaki)
3. Bayaran Guide : RM80.00 seorang guide ( Untuk 12 orang pendaki memerlukan 2 orang guide. Jadi bayaran untuk 2 orang guide ialah RM80X2=RM160.00) - *tambahan: 1 guide = 8 orang pendaki.
4. Transport dari HQ ke power station (pergi-balik): RM6.00 seorang pendaki
5. Sijil ( jika berjaya sampai ke puncak) : RM10.00 seorang pendaki
6. Sijil ( jika gagal sampai ke puncak) : RM5.00 seorang pendaki
7. Porter (pembawa barang Up & Down) : RM6.60 satu kilogram
8. Penginapan di Laban Rata: RM50.00 (Bilik Heater) - seorang pendaki
RM30.00 ( Bilik Tiada Heater) - seorang pendaki

Untuk urusan di atas sila hubungi tel : 088 889888 ( Taman Negara Kinabalu)
Untuk urusan penginapan, hubungi SUTERA tel : 088 889077 dan tempahan
088 243629 atau 088 245742

Nota : Harga boleh berubah dari semasa ke semasa

SEJARAH DAN KEPENTINGAN

SEJARAH

Konsep Kajian Tindakan berasal daripada usaha seorang ahli psikologi sosial yang bernama Kurt Lewin pada tahun 1946. Beliau mulai menggunakan pendekatan Kajian Tindakan selepas Perang Dunia Kedua dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah dalam komuniti dan mengutamakan dua idea Kajian Tindakan yang pentingiaitu:

· Keputusan kumpulan
· Komitmen kepada peningkatan kerja.

Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama kumpulan dan meningkatkan lagi mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart:1988)

Pada tahun 1953, idea Lewin diperkembangkan oleh Stephen Corey di Teachers College, Columbia University, New York sebagai pendekatan penyelidikan yang diselenggarakan oleh guru-guru di sekolah.

Manakala John Elliot (1976) dan rakan-rakannya menggunakan kaedah ini dalam Ford Teaching Project di United Kingdom sebagai pendekatan membantu guru mengembangkan usaha inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di Eropah, Kajian Tindakan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha perubahan dan peningkatan mutu pendidikan di sekolah.

Kemmis dan McTaggart telah mengembangkan Kajian Tindakan di Australia sebagai alat impirikal dan sistematik untuk meningkatkan prestasi guru di sekolah (Kemmis dan McTaggart:1988).

KEPENTINGAN

1.      Guru yang menjalankan kajian tindakan akan mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya

2.      Guru dapat merancang dan menyediakan bahan pengajaran  berasaskan kepada huraian mata pelajaran dengan lebih tepat dan berkesan

3.      Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri

4.      Guru dapat meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif  

5.      Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang  kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum

6.      Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan

7.      Merapatkan perhubungan di antara guru yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.

8.      Membantu guru-guru melakukan penambahbaikan dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran

9.      Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif. Guru yang menjalankan kajian tindakan akan berusaha untuk menghasilkan kaedah dan pendekatan pengajaran dan membina bahan inovasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

10.  Melahirkan guru yang sentiasa mengikuti arus perubahan pendidikan berasaskan kepada kehendak Kementerian Pelajaran.

Melancong di Kundasang

Daerah Ranau dan Kundasang adalah sebuah daerah yang banyak tempat-tempat menarik dan agro pelancongannya. Tempat-tempat menarik yang terdapat di sini mungkin tidak pernah terbayang di fikiran para pelancong. Di bawah ini, saya senaraikan tempat-tempat menarik yang terdapat di sini:-

1. Gunung Kinabalu yang terseragam indah dengan ketinggian melebihi 4095m (13455 kaki) dari aras laut. Udaranya sangat nyaman dan sejuk dengan suhu 10 hingga 26 darjah celsius.
2. Poring Hot Spring dan kemudahan mandi-manda yang moden dan lengkap dari segi infrastruktur. Di sini terdapat juga taman rama-rama pelbagai warna, air terjun, jambatan gantung dan pasar kraf tangan seperti tembaga, batu jed dan sebagainya
3. Masilau Dairy Farm. Kita berpeluang melihat suasana lembu-lembu tenusu ala new zealand diternak di sini pada ketinggian hampir 2000 m dari aras laut.
4. Masilau Golf Resort. Bagi mereka yang ingin menikmati udara segar sambil bermain golf, di sini tempat yang sesuai. Suhu di sini mencecah 18 darjah celcius.
5. Kundasang Vegetables Farm terdapat di merata-rata tempat. Keadaan geografi yang berbukit-bukau menjadikan pemandangan di sini amat menarik.
6. Kinasaraban Strewberry Garden. Anda boleh melihat sendiri bagaimana strewberry ditanam dan diproses menjadi jem dan minuman.
7. Epal kundasang terdapat di halaman-halaman rumah di sini dan anda akan berpeluang melihat pokok dan buah epal dari dekat.
8. Penginapan dengan landskap yang sangat menarik contohnya Kinabalu Pine Resort, pemenang landskap terbaik Malaysia beberapa kali.
9. Sabah Tea Nalapak dengan kemudahan rekreasi dan tempat makan.
10. Kundasang War Memorial yang mencatatkan peristiwa Death March sewaktu perang dunia kedua.
11. Ladang cendawan dan bunga-bungaan, kaktus gergasi dan pelbagai jenis ros.

Cuti-cuti Malaysia di Kundasang dan Ranau memang amat memuaskan hati dengan peruntukan masa 3 hari. Saya adalah orang tempatan di sini dan bersedia membantu untuk mempermudahkan perjalanan anda. SELAMAT MELANCONG KE KUNDASANG…..