Taj Mahal

Taj Mahal.

Taj Mahal.

Taj Mahal (Bahasa Hindi:ताज महल)yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Taj Mahal kekadang dipanggil ‘Taj’ sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri . Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan ‘permata senibina Islam’.

Asal dan Inspirasi

Tahun 1631 Shah Jahan yang menjadi Maharaja Dinasti Mughal telah kematian isteri tersayang. Isterinya Mumtaz Mahal telah meninggal ketika melahirkan anak mereka yang ke-14 Begum Gauhara ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika Shah Jahan dalam kempen memperluaskan tanah jajahannya.

Pengaruh

Makam Taj Mahal ini menggambarkan keagungan senibina Dinasti Mughal. Bangunan lain yang mendapat gaya senibina ini ialah Timurid dan bangunan Mughal. Ini termasuklah Gur-e Amir di Samarkhan. Makam Humayun yang dipanggil Makam Itmad-Ud-Daulah dan Masjid Jama Lauhari dari Turki untuk mereka di Delhi.

Pembinaan

Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad bentuk bangunan ini. Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun.

Taman rekreasi

Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Ada empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.

Seni khat

Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.

Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah 95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 , Surah 77 dan Surah 39 .

Kontraktor projek

Taj Mahal mendapat dibina oleh sekumpulan tukang / kontraktor dari seluruh dunia:

  • Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman, Turki. Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
  • [Puru dari Benarus, Parsi ( Iran).
  • Kubah / dom utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
  • Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
  • Chiranjilal seorang pakar dari Delhi – ketua pengukir mozek.
  • Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua jurukhat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
  • Muhammad Hanif – penyelia
  • Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran – kewangan dan pembelian barangan.
  • Pengukir dari Bukhara.
  • Caligrafi dari Syria dan Farsi.
  • Inlayer dari India Selatan.
  • Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.

Bahan binaan

Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet . Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Langka. Kamelian dari Arab.

28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.

Kos pembinaan lebih 32 juta rupee. Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

Arkitek dipancung

Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhi arkitek Ustaz Ahmad Lauhari hukuman pancung. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dalam pembinaan bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.

Namun dakwaan ini masih dipertikaikan kerana Shah Jahan seorang yang ‘sentimental’ dan tidak ada bukti kezalimannya.

Sejarah

Setelah Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan telah digulingkan oleh anak lelakinya Aurangzeb. Shah Jahan telah ditahan di dalam rumah berdekatan Pelabuhan Agra. Dari sana beliau meninjau makam Taj Mahal.Setelah meninggal dunia, Aurangzeb mengkebumikan ayahnya di sebelah makam isterinya.

Abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata d dindingnya.

Hujung abad ke-19, George Nathaniel Curzon yang menjadi wizurai British di India mengarahkan pembaikan dilakukan dan siap pada 1908. Lampu-lampu besar chandeliar telah dipasang. Seni taman telah diubah mengikut gaya London.

Ketika Perang Dunia II pada 1942 , dindingnya rosak terkena serangan udara dari tentera Jerman. Tentera Jepun juga menjadikannya sebagai sasaran serangan udara.

Ketika Perang India-Pakistan 1965 dan 1971, Taj Mahal turut menerima padah dari serangan udara.

Pencemaran udara terutama hujan asid dari kilang penapis minyak Mathura telah menjejaskan warna putih Taj Mahal. Sungai Jumna yang kotor dan tercemar turut menjejaskan keindahan Taj Mahal.

Pelancongan

Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benada ajaib di dunia.Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar dan pasar serta medan caravan.

2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan kaki dari tapak letak kereta dan bas elektrik.

Mitos

Shah Jahan dikatakan mahu membina bangunan serupa di seberang Sungai Jumna dengan ‘taj hitam’, Idea asalnya kononya daripada Jean-Baptiste Tavernier , seorang pengembara Eropah yang melawat bandar Agra pada 1665. Tetapi anaknya Aurangzeb menentang dan membuang marmar-marmar hitam ke dalam laut. Tetapi jejak eskavasi ke dalam Sungai Jumna pada 1990 hanya menemui marmar warna putih sahaja.

Kontroversi

Pada 2002, sekumpulan penganut Hindu mendakwa tapak asas bangunan Tal Mahal adalah kuil Hindu. Purushottam Nagesh Oak (lahir 1917) menyatakan tapak Taj Mahal itu masih ada ruin-ruin kuil Hindu dan mahu kerja-kerja arkeologi dilakukan.

Penulis P.N Oak ini juga mendakwa Kaabah di Mekah adalah jelmaan dewa Shiva. Beliau turut mendakwa makam Humayun, Akbar, Vatican, Kaabah , Stonehenge adalah kuil atau istana Hindu. Semua ini timbul berikutan sentimen anti-Islam di India. Ini berikutan dari kejayaan mereka merobohkan Masjid Babri .

Pada 2005, Amar Nath Mishra membawa petisyen ke Mahkamah Tinggi Allahabad . Beliau mendakwa Raja Hindu bernama Parmar Dev membina Taj Mahal pada 1196 masehi. Mereka mendakwa Taj Mahal berasal dari istilah ‘Tejo-Mahalaya’ iaitu nama lain bagi dewa Shiva.

Bukti

  • Batu-batu yang diambil di tebing Sungai Jumna telah dibuat ujian tarikh karbon. Hasilnya batu itu 300 lebih tua dari period Shah Jahan. Ujian itu dilakukan oleh Marvin Miller, ahli ekonomi di New York.
  • Johan Albert Mandelso seorang pengembara Eropah yang melawat Agra pada 1638 , tujuh tahun selepas kematian Mumtaz Mahal . Beliau tidak menyatakan sebarang kerja-kerja pembinaan Taj Mahal.
  • Peter Mundy seorang British melawat Agra pada tahun Mumtaz Mahal mati. Katanya Taj Mahal telah sedia wujud sebelum Shah Jahan berkuasa.
  • Beberapa panel pada makam menggunakan lambang Hindu seperti Om dan Swastika.

Tembok Besar China

Tembok Besar China (Cina mudah: 万里长城, Cina tradisional 萬里長城, harafiahnya Bandar 10,000 Li panjang), merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan puak Turkic. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.

Panjang tembok ini ialah 6,352 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.

Tembok Besar China pada musim sejuk, berhampiran Beijing

Tembok Besar China pada musim sejuk, berhampiran Beijing

Sejarah

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:

  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 – 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 – 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)

Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.

Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar ‘kubur terpanjang di Bumi’.

Pemandangan dari menara pemerhati

Pemandangan dari menara pemerhati

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.

Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.

Piramid

pyramid-egypt.jpgBangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.

Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ianya jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)

Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada ziggurat orang-orang Babylon.