Mesyuarat Pre-Council JK Penilai Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah

BTPN Sabah- 7 dan 8 Mei 2009 : Mesyuarat Pre-Council Jawatankuasa Penilai Bahan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat Negeri Sabah telah diadakan di BTPN Sabah. Mesyuarat ini telah memutuskan 7 bahan inovasi berasaskan kajian tindakan yang telah dihasilkan oleh Ahli Pasukan Kajian Tindakan Sabah (PKTS) akan dihantar ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KPM untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

Selaras dengan peningkatan program kajian tindakan dan penghasilan inovasi di kalangan guru dan PKTS di sekolah-sekolah di negeri ini, Timbalan Pengarah JPN Sabah telah mengarahkan pembentukan satu jawatankuasa penilai bahan inovasi peringkat negeri. Jawatankuasa ini akan menilai semua bahan inovasi yang dihasilkan melalui kajian tindakan sebelum ia dihantar ke peingkat kebangsan atau diterbitkan. Pasukan ini dipengerusikan oleh Ybhg. Pengarah Pelajaran JPN Sabah.

 

Bengkel Pasukan Juruteknik Sekolah Ranau Mengatasi Masalah ICT

Pasukan Juruteknik Sekolah Daerah Ranau seramai 10 orang telah mengadakan bengkel membaikpulih peralatan ICT di SMKA Mohamad Ali pada minggu lepas. Bengkel ini dilaksanakan bagi membantu pihak sekolah mengatasi masalah ICT di makmal komputer dan pusat akses. Hasil daripada bengkel ini semua komputer yang rosak telah dapat dibaikpulih. Bengkel ini di bawah kendalian En. Romzi Ahmad, En. Nasran dan En Suhaimi dari Unit Perkhidmatan ICT BTPN Sabah.

Kajian Tindakan dan Inovasi PKG Penampang : Journal 2009

Pada 27 dan 28 April 2009, saya telah mengendalikan bengkel penghasilan Kajian Tindakan dan Inovasi Peringkat PKG Penampang. Seramai 25 orang pendidik yang telah mengikuti bengkel tersebut. di antara tajuk-tajuk kajian yang dicadangkan adalah seperti berikut:-

1. Meningkatkan kemahiran murid membezakan dan mengaplikasikan “Simple Present Tense dan Simple Past Tense” kepada 10 orang murid Tahun Tiga SK Putaton, Inobong Melalui “Read Me Aloud”

2. Mengatasi Kesukaran Memahami Istilah Sains Tahun 5 Ikhlas SK. Petagas dengan “Snake & Ladder”

3.  “REMEMBER ME”. Kaedah mengingati Pemimpin / Tokoh Negara dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan

4. Meningkatkan Motivasi Murid Disleksia Tahun 6 SK Kibabaig Penampang Melalui Penghasilan Buku Skrap Peribadi.

Terdapat 11 tajuk kajian yang telah diadangkan dalam bengkel ini.