Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 Hijrah

 “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH” – adalah tema sambutan Maal Hijrah Tahun 1434 H / 2012_2013M. Perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada hari kelmarin. Seramai lebih kurang 4500 peserta dari 143 kontinjen telah menyertai majlis ini yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

hijrah 1434H

“PENDEKATAN WASATIYYAH adalah berlandaskan ajaran sebenar Islam dalam setiap perkara yang dilakukan dan berjaya membawa kesan positif kepada negara. Gerakan Kesederhanaan Sejagat akan menyelamatkan kita daripada tenggelam kepada kehancuran, terus berputus asa dan kehinaan. Sudah tiba masanya bagi kita mengamalkan kepemimpinan yang membawa harapan dan mengembalikan maruah serta martabat untuk semua. Kita mesti kembali kepada perkara pokok dan moral tinggi yang dirampas daripada kita. Kita mesti memilih kesederhanaan berbanding ekstremis, memilih rundingan berbanding konfrantasi. Kita perlu memilih untuk bekerjasama dan bukan menentang sesama kita. Ia perlu menjadi keutamaan dan bukan hanya diletakkan di sisi kita. Ini merupakan satu contoh jelas boleh dicapai apabila kesederhanaan dalam setiap kepercayaan bagi mengatasi ekstremis ini yang mahu merampas nilai sejagat dalam agama kita. Keseimbangan ini mendorong kepada kesederhanaan atau wasatiyyah mengikut tradisi Islam demi keamanan dan keadilan.”- Perdana Menteri, DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK (rujukan : http://www.wasatiyyah.my)

Wasatiyyah mengambil pendekatan sederhana, bertoleransi, bertolak ansur serta saling faham-memahami sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ini jelas termaktub dalam Piagam Madinah yang telah ditandatangani di antara Baginda Rasulullah SAW dengan masyarakat bukan Islam Quraisy Mekah. Piagam Madinah mempertahankan kebebasan beragama, menjamin keselamatan, menghormati budaya orang lain serta melindungi hak golongan minoriti. Wasatiyyah membentuk masyarakat islam yang harmoni dan selamat, melahirkan pencinta kebenaran, bertakwa dan mempunyai keimanan yang kukuh kepada Allah SWT. Mereka menjadikan ajaran agama sebagai landasan hidup di dunia dan menjauhi perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri serta ditegah oleh agama.

12th SEAAIR Conference in Hotel Promenade Kota Kinabalu

DSC_0259 DSC_0199 DSC_0011DSC_0262 DSC_0010 DSC_0200

Hari ini saya sedang mengikuti Seminar Ke-12 South East Asian For Asia Institusional Research (SEAAIR). Seminar kali ini disertai oleh lebih kurang 300 orang peserta dan pembentang dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand. Sebanyak 64 kertas kerja dalam seminar ini dibentangkan dalam bahasa pengantara Bahasa Inggeris melalui empat siri selari. Seminar ini berlangsung selama 4 hari mulai kelmarin dan akan berakhir Jumaat ini. Seminar kali ini diadakan di Malaysia- Sabah- Hotel Promenade Kota Kinabalu.. Universiti Malaysia Sabah telah dilantik sebagai perunding dan pengurus seminar bagi pihak Malaysia sebagai tuan rumah.

Seminar gemilang yang disertai oleh para pengkaji dari universiti-universiti terkemuka di rantau ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah pada pagi kelmarin. Turut serta dalam majlis perasmian tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Shahril Yussof , Pengerusi SEAAIR  Asst. Prof Teay Shawyun dari Assumption University Of Thailand, Prof.  Abdul Rashid Mohamed  Pengerusi  Majlis Dekan Pendidikan Malaysia, Dr. Suryansah Suwanto, Timbalan Dekan SPPS Universiti Malaysia Sabah, professor-professor,  sarjana-sarjana dan  mahasiswa-mahasiswa dari berbagai universiti di Asia Tenggara.

Tema seminar ini ialah  Culturalising Excellence in Higher Education. Sesuatu yang pasti dalam seminar ini ialah knowledge pollination yang sangat luas serta dapat bertukar-tukar fikiran dengan peserta dari pelbagai negara. Maklumat mengenainya dapat diakses melalui website SEAAIR di http://www.seaairweb.info/Conference/index.aspx

Kepada sahabat-sahabat yang turut serta dalam seminar ini, jangan lupa bawa pulang buku prosiding. 🙂

Selamat Datang 9 November 2012…Aku Tak Sabar Menanti Mu…. :-)

53 hari cuti hujung tahun?

Waw!! lamanya.

Start bila tu?

9 November 2012.

Ya… tarikh ini adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar dari Pra Sekolah hingga ke Tingkatan 4 dan Pra U Bawah. Pelajar Tingkatan 5 dan Pra U Atas pula berhempas pulas untuk menghadapi SPM dan STPM. Teringat kisah lama.. apabila cuti sudah datang, memang tidak ada kerja lain. Menolong ibubapa membanting tulang di kebun.  Walau pun penat tapi tidak mengapa. Relax bah time cuti. Tidak perlu tidur awal dan tidak perlu bangun pagi-pagi buta. Semuanya fleksibel. Bila bangun sahaja, terus buka periuk untuk makan. Makan pun boleh ambil masa lama-lama. Sampai selalu kena leter. Belum pun sempat makanan dihadam, sudah terjun ke sawah padi atau kebun sayur. Sambung projek semalam. Rajin memanglah pasal ayah dah janji GAJI jalan.

Tapi zaman ini tidak sama seperti zaman itu. Sekarang budak-budak bercuti dengan bermacam-macam cara. Yang kurang bijak, masa habis dengan aktiviti yang tak berfaedah. Paling tidak lepak sana lepak sini. Cyber tu perkara biasa. Yang bijak sikit duduk rumah dan aktiviti relax2, tengok TV, Game, Tidur2… sampai masa makan… makan dan sikit2 tolong basuh pinggan. Lebih-lebih lagi lelaki. Yang bijak tu ambil kelas tambahan, latihan seni, tolong ibu bapa dan buat kerja yang berfaedah.

Bagus juga kalau ibu bapa rancangkan sekurang-kurang sekali untuk melancong. Tak payah jauh-jauh. Yang penting tempat tu menarik dan boleh memberikan pengalaman baru. Untuk mengurangkan kos, pandai-pandailah. Masak makanan dari rumah, bawa khemah sendiri, kongsi kenderaan dan sebagainya. Janganlah habis cuti 53 hari ini tanpa pengisian yang bermakna.

Kepada pelajar Tingkatan 5 dan Pr U Atas tu, selamat berjuang. Pastikan jawab soalan dengan teliti. SPM dan STPM ni penting. Mesti lulus dengan cemerlang. Saya doakan anda semua lulus dengan cemerlang. Oh ya yang sedang merancang untuk tahun hadapan 2013, terutamanya mereka yang demam terbang sana sini, nah bolehlah merancang dari sekarang. Saya sertakan Takwim Cuti Sekolah 2013 dan Cuti Umum 2013 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Download saja di sini.

Download Cuti Umum 2013

Download Takwim KPM 2013

Selamat bercuti dan merancangkan perjalanan anda.! Oh ya satu lagi pula. Jangan lupa baca buku dan belajar walaupun cuti sekolah. Bagitahu anak-anak jangan cuti sekolah, buku pun cuti juga.