KOMPILASI ILMIAH

1. PENGARUH IBUBAPA TERHADAP PEMBELAJARAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang mampu mempengaruhi ahli-ahlinya yang terdiri dari ibu bapa dan anak-anaknya. Ibu bapa sebagai pengurus bertanggungjawab untuk membentuk dan memastikan anak-anaknya menjadi insan yang berguna dan mampu menyumbang ke arah kebaikan sejagat. Di samping itu, ibu bapa mempunyai peranan yang penting di dalam mempengaruhi pencapaian akademik anak-anak mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan pendidikan anak-anak mereka.  Struktur dan nilai keluarga tersebut sering dipengaruhi oleh kecekapan yang membabitkan proses memperbaiki kedudukan ekonomi serta peningkatan pencapaian diri ibu bapa tersebut.

Klik di sini untuk memuat turun teks penuh 12 muka surat : Pengaruh ibubapa terhadap pembelajaran

 

2. CIRI – CIRI KOMUNIKASI MENYOKONG

Ciri-ciri
Komunikasi Menyokong Ada 8 iaitu:

1. Komunikasi menyokong “Problem Oriented” atau berorientasikan masalah, bukan “People Oriented” atau berorientasikan orang. Komunikasi berasaskan masalah  memberi tumpuan kepada masalah dan penyelesaian dan bukannya ciri-ciri peribadi. Komunikasi berorientasikan orang memberi tumpuan kepada ciri-ciri individu. Komunikasi berorientasikan penyelesaian masalah amat berguna kerana ia memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah tingkah laku atau sikap, sedangkan komunikasi berorentasikan orang selalunya menyalahkan seseorang atas sesuatu sikap tidak baik yang dilakukannya.

Contoh:  Kenyataan komunikasi berorentasikan masalah adalah seperti “Kita semua mesti elakkan dari pada ponteng kerja.” “Ponteng
kerja adalah sikap tidak berdisiplin” “Jika kita selalu datang lewat menyebabkan kita kurang berdisiplin.

Contoh:
Kenyataan komunikasi berorentasikan orang adalah seperti “anda diktator”, “anda tidak sensitif” “kamu tidak berdisiplin kerana selalu lewat datang kerja”. Kamu tidak layak menerima tugas ini kerana selalu lewat datang kerja”

Komunikasi berorentasikan masalah baik dan mengekalkan hubungan positif. Ini membantu kita mengelakkan daripada menyakiti hati seseorang.

Klik di sini untuk memuat turun teks penuh 7 muka surat : CIRI-CIRI KOMUNIKASI MENYOKONG

 

3. KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan
Negara (FPN),  ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestari dan Koridor Raya Multimedia.

Klik sini untuk memuat turun teks penuh 19 muka surat : kepimpinan dalam pendidikan

 

4. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses
pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran.

Klik di sini untuk memuat turun teks penuh 13 muka surat : Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

 

5. Nota Pengurusan Organisasi Pendidikan

PENTINGNYA KOMUNIKASI

  1. Komunikasi sangat penting. Mcmna mdptkan komunikasi bkesan
  2. Scr umum kom brkesan ialah pemahaman org yng mdgr sama spt apa yang dimaksudkan oleh org yng berckp
  3. Supportive Communication features

–         Problem oriented (not people oriented)

–          Congruent (cakap serupa bikin) – (not incongruent)

–         Descriptive ( not evaluation)

–         Specific (Not general)

–         Conjuntive ( Not disconjuntive)

–         Validates – rasa dihargai (not invalidates)

Klik di sini untuk memuat turut nota kuliah : NOTA PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN

 

6. Powerpoint Ciri-ciri Komunikasi menyokong

Klik di sini untuk memuat turun powerpoint komunikasi menyokong : Comunicating Supportively PPT UMS

 

7. ISLAM DI CHINA

(Dalam wikipedia bebas Bahasa Melayu)

China atau Tionghua atau Republik Rakyat China (Cina Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles:
Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun dahulu di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun. China ialah sebuah negara yang paling ramai penduduknya di dunia dengan diduduki lebih 1300 juta orang (Bancian terkini oleh China National Bureau Of Statistic dan dilaporkan oleh United Press International di http://www.upi.com.my ialah 1.341 Juta), iaitu kira-kira satu perlima daripada manusia di bumi. China diperintah oleh Parti Komunis China di bawah sistem satu parti.[1]

Klik di sini untuk memuat turun teks penuh 23 muka surat : ISLAM DI CHINA

Juga boleh diperoleh dalam bentuk power point : PERSEMBAHAN _ISLAM DI CHINA

 

8. Teori Kasut Tindakan Oleh Dr. Edward De Bono 1991

Klik Bahan penuh di sini 1 muka surat : Teori 6 Kasut Bertindak De Bono

 

 

2 thoughts on “KOMPILASI ILMIAH

  1. Islam di China & kepimpinan dlm pendidikan…love to read it..nice article…keep it up…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *